Thursday, November 24, 2011

Perbezaan Remaja Malaysia dan Remaja Palestin

Tanggal 31 Ogos 1957, dunia telah menyaksikan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dan disusuli pula pada tarikh 16 September 1963, Malaysia telah dibentuk dan menandakan berakhirnya penjajahan British di Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei.

Manakala pada tahun 1948, dunia telah menyaksikan penubuhan negara haram Israel di tengah-tengah dunia arab. Baru-baru ini kita sebagai rakyat Malaysia telah menyambut, hari kemerdekaan yang ke 54. Malaysia, antara negara yang majoriti besar adalah umat yang beragama Islam yang semakin hari semakin peka dengan isu kemanusiaan di Palestin kerana dasar akidah dan tanggungjawab sebagai saudara seislam.

Walau apapun yang diperkatakan tiada yang dapat menafikan tunjang kebangkitan dan kekuatan kedua-dua negara ini adalah para remaja dan belia yang akan menjadi pelapis, pelindung dan penerus amanah dakwah dan kepemimpinan negara. Mereka inilah yang akan meneruskan kepemimpinan mahupun perjuangan menentang kezaliman yang menjadi lubuk serangan pihak musuh.

Berbicara mengenai remaja dan belia ini, umum mengetahui hampir lebih separuh dari penduduk Malaysia adalah para remaja dan belia ini yang meletakkan Malaysia sebagai negara yang cukup hebat dari segi simpanan aset remaja dan pemuda yang diidam-idamkan kerana potensi yang ada pada diri mereka ini. Namun, adakah nikmat kemerdekaan yang kita capai selama ini, dapat melahirkan remaja yang betul-betul cemerlang dari sudut jasmani, emosi, rohani dan intelek. Marilah kita sama-sama meneliti perbezaan remaja diantara negara yang sudah lama merdeka dengan negara yang belum pernah merasai nikmat merdeka.



Bayi di Malaysia di buang kerana kes penzinaan yang semakin berleluasa dalam kalangan REMAJA sendiri.



Bayi di Palestin pula disanjung dan disaksikan sebagai syahid kerana ditembak Rejim Zionis



Remaja di Malaysia sering membuang masa dan melepak serta membuat perkara yang tidak berfaedah.



Setiap hari di Palestin, mereka terpaksa menempuh sekatan Israel untuk ke sekolah. Walaupun berdekatan dengan rejim zionis sekalipun, semangat mereka tetap membara untuk ke sekolah dan menuntut ilmu.



Remaja di Malaysia begitu bersemangat dengan masalah sosial seperti zina, seks, rokok dan disko.



Tetapi lihatlah mereka, mereka begitu bersemangat bagi menentang penjajahan bagi memerdekaan bumi Palestin dan bersemangat untuk syahid.



remaja di Malaysia kebanyakkannya mati disebabkan lumba haram



Tetapi remaja di Palestin, mereka syahid di atas medan perang

Di Malaysia pendedahan aurat kerana inginkan kebebasan, keseronokan didampingi agar dilihat lelaki bukan mahram tetapi di sana dalam keadaan perang dan darurat mereka menjaga aurat dengan cukup tegas.

Jika diteruskan pasti tidak akan berhenti perbezaan yang boleh dinukilkan kerana terlalu banyak bezanya, kadang-kadang tidak layak untuk dibandingkan kerana kemuliaan dan kehinaan cukup jauh taraf dan martabatnya.Maka bersama-samalah kita berusaha agar lembah kehinaan yang semakin dalam ini dalpat ditimbusi dengan pemantapan akidah, pemahaman islam secara total agar berlaku hijrah dari lembah kehinaan ke puncak kemuliaan, tidak lain tidak bukan dengan taqwa..AMIN

1 comment:

  1. Betul tu..sy setuju sangat..kita ni tak layak nakdibandingkan dgn mereka di sana..Allah...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...