Titian Khalifah

Suasana di Jusco Seremban 2 dipenuhi dengan gelagat muda-mudi yang sedang berseronok dengan pasangan masing-masing. Suasana di luar bangunan terlampau hangat dengan kemacetan motokar yang meripuhkan. Suhu pula dianggarkan mencecah 36 darjah celcius. Amelia bungkam di Chicken Rice Shop sambil asyik bermain SMS. Sesekali pandangannya mengerling ke arah persekitaran.

Tiba-tiba pandangannya menjadi gelap. Dia dapat merasakan ada orang yang menutupi matanya sambil membelai rambutnya yang lurus itu.

“ Cuba teka ini siapa?” Satu suara datang dari belakang arahnya. Dia hanya tersenyum seakan mampu meneka suara tersebut.

“ Faris ya?” Dia meneka.

“ Faris, awak ini pandai bergurau dengan perempuan.”

Faris duduk di depannya. Dari tadi pandangan mereka menyatu dalam satu titik. Seakan ada hawa sejuk datang dari atas kepala mereka tatkala mereka menyanyikan melodi cinta dalam sejarah manusia. Kesemua yang ada bagaikan syurga. Gelagat mereka tidak ubah seperti suami isteri.

Hari itu merupakan hari jadi Amelia dan mereka juga ingin menyambut kejayaan Faris yang mendapat keputusan yang cemerlang pada peperiksaan pertengahan tahun yang lalu.

“ Amelia, apa kata lepas ini kita main bowling di tingkat atas. Makan tengah hari ini awak dah belanja saya. Main bowling dan tengok wayang nanti saya belanja. Kan hari ini kita nak sambut annivesary perkenalan kita setahun yang lalu.” Faris memberi cadangan. Amelia hanya mengangguk sambil tersenyum.

Selepas makan mereka berjalan sambil berpimpin tangan. Bagi Faris sekarang dia hendak ke mana-mana memang senang. Tambahan pula ayahnya, Dato’ Kamal telah menghadiahkan sebuah motor yamaha 2000 kuasa kuda kepadanya.

“ Eherm...Assalamualaikum Faris.” Satu suara menyapa pasangan tersebut dari belakang. Faris menoleh dan kelihatan seorang pemuda yang sebaya dengannya memberi salam. Pemuda tersebut berkopiah putih dan memakai baju sejuk.

“ Waalaikumsalam. Ha. Charlie apahal?” Jawab Faris dengan nada yang kasar.

“ Wah.. Kamu dah berkahwin. Kamu sedang berbulan madu ke?” Kalam sinis yang diucapkan oleh Muhammad itu membuatkan atma Faris menjadi merah. Muhammad merupakan seorang pemuda cina yang baru memeluk agama Islam.

“ Wei, Charlie, kau kena ingat kau muallaf je. Baru setahun masuk Islam dah pandai nak jadi ustaz.” Faris mengeluarkan kata-kata kesat sambil menolak bahu Muhammad ke belakang.

Sebelum memeluk agama Islam, Muhammad juga merupakan pemuda yang suka akan keseronokkan yang melampau walaupun di peringkat sekolah. Namun kini, dia telah menjadi individu yang mapan seteluh memeluk Islam atas bantuan temannya Zafri.

“ Sebelum itu saya nak beritahu, nama saya Muhammad bukan Charllie lagi.” Faris mendengus. Amelia pula bosan dengan keadaan tersebut. Segala keindahan yang dikecapi tadi sudah tertimbus dengan kehadiran Muhammad.

“ Jom, saya nak cakap dengan awak sebentar sahaja di bangku tersebut. Saya janji tak lebih dari sepuluh minit. Lepas tu awak buatlah apa awak nak buat.” Muhammad mengajak.

Mereka berjalan ke sebuah bangku yang terletak di hadapan kedai buku Popular yang terletak di aras dua. Faris dan Amelia mengikuti sambil menampakkan wajah bosan. Setelah meletakkan barang yang dibeli, Muhammad dan Faris duduk di atas bangku tersebut.

“ Faris, saya tahu saya ni saudara baru. Saya tahu perangai saya dulu bagaimana. Namun disebabkan kita ini bersaudara sebab itu saya mempunyai tanggungjawab untuk menyedarkan saudara seakidah saya. Apa yang awak buat ini menyalahi agama.”

‘ Hai ustaz muda ni nak bagi ceramah pulak!’ Getus hati Faris.

“ Hei, aku pun nak pesan pada kau. Kau nampak tak beribu lagi pasangan haram di sini. Dan mereka semua beragama Islam. Bukan muallaf. Kenapa aku juga yang jadi sasaran tazkirah murah kau ini. Aku nak cari seronok. Takkan tak boleh.” Faris membalas dengan penuh biadab.
Muhammad tetap ingin menghadapi argumentasi tersebut. Memang cita-citanya untuk menjadi pendakwah dan dia sedar akan cabaran tersebut.

“ Sekarang ini Faris, bukannya soal mualaf atau tidak. Tetapi ini soal kefahaman terhadap agama. Saya sedar ramai remaja yang memang lahir dari perut Islam akan bertindak seperti ini. Dan ada juga mualaf yang mampu menjadi Islam yang lebih baik. Hal ini merupakan soal kefahaman individu tersebut terhadap agama. Jikalau seseorang itu mempunyai penghayatan dan kefahaman agama yang tinggi dalam jiwanya, dia tidak akan membuat perkara yang menyalahi tuntutan agama.”

Faris hanya memandang keadaan sekeliling tanpa menghiraukan nasihat Muhammad. Sesekali dia memandang ke arah jam.

“ Dan lagi satu, Islam tidak melarang kita untuk mencari keseronokkan. Asalkan tidak berlebih-lebih. Kemudian saya menegur anda ini juga sudah kira bagus. Saya insan yang lemah. Saya tidak kuasa untuk menegur semua orang yang berada di Jusco ini.

“ Baiklah untuk pengetahuan awak. Saya dah malas nak dengan tazkirah awak ini. Maafkan saya masa dah cukup selama 10 minit.” Faris dan Amelia berlalu meninggalkan Muhammad yang masih duduk di atas bangku itu. Dia sedar dan mengetahui bahawa memang itu merupakan cabaran dakwah. Tidak kira muallaf atau tidak. Tidak kira apa pandangan masyarakat terhadapnya. Asalkan tugas dakwah tetap berjalan.

‘Astaghfirullah’

Keesokkan harinya di sekolah. Selepas perhimpunan pagi, para pelajar SMK Taman Tuanku Jaafar Seremban bergerak ke kelas masing-masing. Kelas tingkatan 5 masih ripuh dengan gelagat para pelajar yang baru sahaja mendapat keputusan Imtihan semester pertama.

“ Erm.. Faris bukan biasanya awak akan duduk di depan sebelah Muhammad? Hari ini kenapa lain pula?” Ustaz Zawakil memulakan bicaranya. Ustaz Zawakil merupakan guru yang mengajar mata pelajaran Pengurusan Ekonomi. Dia memulakan bicaranya apabila melihat Faris duduk di barisan belakang.

“ Di depan sana panas ustaz.” Balas Faris sambil menjeling ke arah Muhammad.

Ustaz Zawakil hanya membiarkan situasi tersebut. Pada hari ini, dia bertekad untuk menghabiskan bab tersebut. Pada bulan depan pula akan diadakan ujian di peringkat sekolah.

“ Baiklah, buka muka surat 56.” Ustaz Zawakil mengarahkan para pelajarnya.
Keheningan pagi tadi kini semakin hilang dengan kehadiran sang duha. Matahari kian memuncak namun pijarnya tidak membahang. Pada waktu rehat, Zahiruddin, Zamir dan Nazri hanya mengambil keputusan untuk mengulang kaji pelajaran. Masing-masing kelihatan kecewa kerana keputusan imtihan yang kurang memberangsangkan.

“ Hei Zamir. Kau tahu tak pelajar baru kelas kita tadi.” Nazri menegur. Sepertinya dia dah tertarik dengan gadis tadi.

“ Hei. Ingat sedikit bulan depan ada imtihan. Jangan nak sibuk cari pasangan.” Zamir berseloroh. Pada pagi tadi ada seorang pelajar perempuan yang baru berpindah. Kata Zamir, perempuan tersebut merupakan seorang pelajar kelantan dari SMKA Naim Lilbanat.

“ Wei kalau kita belajar dengan ditemani perempuan pada musim sejuk ini best jugak. Ada juga pemanasnya.” Sambung Zahiruddin. Mereka meneruskan perbincangan mereka. Apabila perbincangan mereka selesai dan menyedari waktu rehat telah tiba, mereka masing-masing bergegas ke kelas masing-masing.

Di suatu sudut lain Faris sedang sibuk mengunyah karipap dan mencicip syai panas yang baru dibelinya. Dia tertidur di dalam kelas dan terlewat untuk pergi berehat. Sebelum makan tadi Jalil ada memberitahunya mengenai seorang pelajar perempuan yang baru memasuki kelanya tadi.

“ Betul Faris. Takkan aku nak bohong. Lagi cantik dari Amelia. Bertudung, bekas pelajar sekolah agama dan yang paling penting, dia seorang hafizah.” Rahim bercerita tentang pelajar baru tersebut.

“ Pandailah kau ini Rahim. Mana ada perempuan yang bertudung sekarang cantik. Bagi aku perempuan yang pakai tudung itu merimaskan.”

“ Kau tak percaya. Tak apa. Nanti aku boleh tunjukkan pada kau. Ramai pelajar nak kawan dengan dia. Nama dia Laila Salsabila. Baiklah kalau kau tak percaya lagi. Waktu balik jumpa di depan sekolah.”

“ Baiklah.” Faris terus mengunyah karipap sehingga habis waktu rehat.

Pembelajaran hari itu diteruskan seperti biasa sehingga ke waktu akhir. Para pelajar sudah bergerak keluar dari perkarangan sekolah. Ada yang menaiki motor, diambil oleh ibu bapa dan menaiki bas dan teksi. Rahim dan Faris membeli ais krim bagi menghilangkan haus. Nazri, Zahir, Zamir dan Ghafur pula baru sahaja keluar dari bilik guru. Mungkin bertanya mengenai muqarrar imtihan agaknya. Nazri seperti dalam keadaan tergesa-gesa.

“ Nazri! Tunggulah. Kita sembahyang Zuhur dulu di surau. Nanti bila dah balik rumah. Belum tentu lagi nak bentang sejadah.” Zahir menegur. Ghafur hanya memandang Nazri dalam keadaan serba tidak kena. Biasanya mereka akan bersama-sama ke surau untuk solat zuhur sebelum balik ke rumah masing-masing. Kemudian mereka akan makan tengah hari bersama-sama.

“ Erh..Mak ayah aku dah sampai. Aku dah lambat ni. Lagipun kau tengok lah berapa lama kita jumpa cikgu. Aku balik dulu. Jumpa petang ini di taman. Assalamualaikum.” Nazri berlari ke arah tangga yang berdekatan dengan bilik guru. Rakan mereka hanya menyaksikan sahaja. Sesampainya Nazri di tangga, kakinya segera berhenti apabila dia hampir terlanggar seorang pelajar perempuan dan sempat mengelak. Namun kakinya tergelincir menyebabkan dia terjatuh terjelepok di bawah.

Aduh. Sakitnya.

Dia menoleh ke belakang. Perempuan itukah? Laila Salsabila. Dia mengutip segela fail-fail dan terus berlari. Laila hanya menyaksikan sahaja.
Laila bergerak gesit ke arah pintu pagar sekolah. Nun jauh di sana Rahim dan Faris sedang menunggu di tempat menunggu bas. Sebaik Laila tiba di hadapan pintu dia terus bergerak ke kereta keluarganya yang sedia menanti di hadapan Faris dan Rahim.

“ Eih Faris. Itu dia Laila. Itu yang bertudung labuh itu. Fuh...Kalau aku dapat. Wei Faris kau dengar tak.” Rahim sedang sibuk memandang Laila tanpa melihat Faris.

“ Eih tengok itu. Kau nampak tak?”
Diam

“ Faris!!! Kau nampak tak?” Rahim menjerit menyebabkan semua pelajar yang berada di situ tertoleh ke arahnya. Dia menoleh ke arah Faris dan terkejut.

“ Alamak lena pula dia ini. Aduhai bosan betul layan dia ini.” Rahim
berseloroh sambil melihta Faris yang terlena di atas bangku. Laila pula menaiki kereta dan terus gharab dari pandangan.

Zamir sedang sibuk mengulangkaji di bawah sepohon pokok yang rendang. Matanya dari tadi tertumpu ke arah Nazri, Ghafur, Afiq dan Zahir yang belum selesai berjoging. Pada petang ini, selepas solat asar, mereka akan mengulangkaji pelajaran bersama-sama. Kata cikgu, apabila belajar secara berbincang. Hal ini akan menyebabkan mudah bagi seseorang individu itu faham.

Selesai berjoging, mereka bergerak ke arah Zamir yang sedang tekun mengulangkaji. Sebagai seorang ketua pengawas dan memperolehi keputusan semua A dalam imtihan yang lalu, reputasi harus dijaga.

“ Zamir, tak joging sekali ke? Takkan baca buku je.” Tegur Afiq. Zahir dan Ghafur sedang meneguk air botol sambil mengeringkan badan mereka. Zamir meletakkan bukunya.

“ Alah Afiq. Aku ini perlu jaga reputasi sedikit. Nanti imtihan yang akan datang aku takut jatuh. Lagipun nanti malulah. Kalau kau tengok sejarah abang-abang kita. Abang Rifhan. Pengerusi Badar. Semua peperiksaan dia skor. Sekarang ini aku dengar cerita dia berada di Yarmouk. Baru semester pertama dia dah dapat menyandang Presiden Persatuan Pelajar Malaysia Yarmouk (PERMAYA). “ Zamir bercerita panjang. Sambil matanya terkebil-kebil mengingati sejarah batch yang lepas yang mampu menggegarkan Malaysia dengan keputusan SPM yang lalu.

“ Siapa lagi? Oh ya Abang Aiman Naafiz. Ketua Badan Pengawas. Semua dia skor. Abang Zafri. Pengerusi Majlis Perwakilan Pelajar Sekolah. Tiada satu Imtihan pun yang dia jatuh. Dan kedua-duanya sedang menuntut di Jepun dan Mesir. Abang Aiman kini di Mesir. Dalam bidang sains manakala Abang Zafri berada di Jepun dalam bidang Kejuruteraan Automotif.” Cerita Zamir panjang.
Nazri tersenyum kecil. Manakala yang lain seperti asyik mendengar mengenai kehebatan batch yang lalu. Tidak kira dalam bidang sukan mahupun akademik.

“ Zamir, aku tak bermaksud untuk menghalang pandangan kau dan mencetuskan satu argumentasi. Cuma pada fikiran aku. Kita boleh menjadikan mereka sebagai model untuk kita berjaya. Yang aku kurang setuju dengan kau ini mengenai cara kau belajar. Ingat pelajar yang cemerlang bukan hanya gah dalam bidang akademik sahaja namun dalam bidang non-akademik, sahsiah dan kerohanian juga perlu gah.” Nazri menjelaskan pula pendapatnya. Zamir hanya mengangguk tanda bersetuju dengan pandangan Nazri.

“ Kalau diimbaukan semula. Mereka juga yang membawa nama sekolah bukan sahaja dikenali di Malaysia malahan dunia. Tengoklah berapa banyak mereka menang anugerah rekacipta sains. Pelajr-pelajar yang lain seperti Hazri, Asyraf Ishak, Ilham Sairin dan Ahmad. Mereka merupakan kuartet yang sekolah yang memenangi pingat emas pada kejohanan MSSM yang lalu.” Sambung Nazri.

“ Ya juga. Macam Hatta, Alif dan ramai lagi yang memenangi johan pertandingan Nasyid Kebangsaan. Soalnya sekarang bukannya pencapaian mereka di peringkat apa-apa sekalipun, tetapi bagaimana mereka membahagikan masa mereka belajar dan aktiviti lain.” Zahir pula memberikan pandangannya. Manakala yang lain lebih suka mendengar.

“ Hah. Kita baru habis cerita pasal nasyid dan keagamaan. Soalnya sekarang mana dia kita punya pengerusi BADAR ni?” Ghafur pula mencelah. Rakan-rakan mereka yang lain turut serta merasai kanehan itu.

“ Ya. Sekarang ini kita ada Zamir, selaku ketua pengawas dan Nazri selaku pengerusi Majlis Perwakilan Pelajar. Pengerusi Badar ini tak sampai?” Afiq menyambung. Sesekali dia membetulakn posisi duduknya dia atas tikar itu.”

“ Assalamualaikum” Satu suara datang dari belakang mereka.

“Waalaikumslam. Hah Syeikh Izhar dah sampai. Apa khabar tuan syeikh. Syeikh ini dah solat asar ke belum?” Nazri bertanya sebaik sahaja dia berjabat tangan dengan Izhar.

“ Eih. Kau tak ingat ke tadi?” Izhar menyambung dengan muka kehairanan.

“ Ei Nazri, Izhar ini kan yang jadi imam kita.” Ujar Ghafur. Semua yang ada tergelak. Nazri hanya menahan muka malu. Terpaksalah dia bina tembok lagi besar dari Konstantinopel.
Aduh. Tadi terjatuh. Malu dengan Laila. Sekarang, malu dengan kawan. Atma hatinya berbisik sendirian.

Astaghfirullah...

Hening Bandar Seremban pada malam itu membuatkan hatinya sedikit berkecamuk. Rona rindu memancarkan rasa rindu di epidermis jiwa. Memugar atma agar mencicip duka sedalam-dalamnya. Motokar yang macet di jalanan amat meripuhkan. Tuntas terang lazuardi berubah menjadi warna jingga tua. Langit Seremban bagai cat kelabu mewarnai langit kirmizi.

Hati Faris amat berkecamuk. Petang tadi dia menerima panggilan dari Amelia untuk berjumpa bersama di Taman. Manakala, Rahim petang tadi bersungguh-sungguh mahu dia bertemu dengan pelajar baru. Laila Salsabila. Kata-kata Rahim masih terngiang-ngaing di telinganya.

“ Betul Faris. Takkan aku nak bohong. Lagi cantik dari Amelia. Bertudung, bekas pelajar sekolah agama dan yang paling penting, dia seorang hafizah.” Rahim bercerita tentang pelajar baru tersebut.

‘ Lagi cantik dari Amelia? Bertudung labuh? Bekas sekolah agama?. Tidak mungkin akan adanya orang yang lebih cantik Amelia. Bertudung pula tu.’
Kedengaran pintu biliknya diketuk.
Pintu biliknya dibuka. Rupanya mama.

“ Faris dah solat maghrib? Soalan yang ringkas tetapi berat untuk dijawab olehnya.

“ Belum mak.” Ringkas lagi jawapannya,

“ Faris dah besar. Mama dan Abah nak pukul pun dah tak ada guna. Cuma Faris fikirkan ya. Kalau boleh mama nak anak mama ini, belajar agama. Ingat Faris. Dengan adanya kuasa yang besar, akan datang tanggungjawab yang besar. Faris kena ingat tau.”
Faris mengangguk lemah. Dia mencium dahi ibunya sebelum ibunya keluar dari kamarnya.

Dengan adanya kuasa yang besar, akan datang tanggungjawab yang besar. Argh!!!Kenapa aku stress sangat hari ini. Dah aku nak tidur lagi bagus.

Selesai satu masalah.

Pagi-pagi lagi Faris sudah berada di tepi pintu sekolah. Dari jauh dia dapat melihat Nazri dan teman rapat mereka berjalan ke arah sekolah. Mungkin mereka berjemaah subuh di masjid. Seketika kemudian dia melihat seorang ibu dan empat anak mereka sedang menguis-nguis dalam tong sampah.

‘ Buat apa mereka itu.’

Dia memandang ke arah langit. Dia dapat melihat tiga bintang dengan cahaya yang luar biasa kelihatan sebaris menuju arah tertentu. Dia hanya memebiarkan sahaja perkara tersebut. Pukul tujuh pagi, pelajar sudah ramai yang berada di kawasan sekolah. Mereka hanya menunggu masa untuk perhimpunan sahaja. Selesai perhimpunan pagi, para pelajar bergerak ke kelas masing-masing. Termasuk Faris yang hanya mendiamkan diri sejak pagi tadi.

‘ Dengan adanya kuasa yang besar, akan datang tangnggungjawab yang besar.’ Kata-kata ibunya masih lagi terngiang-ngiang di telinganya. Mengapakah perasaannya menjadi begini? Hanya teringat setiap bait kata yang terkeluar dari mulut ibunya.

‘ Ingat Faris, kamu sudah besar. Ada tanggungjawab. Ibu dah tak sanggup nak rotan kamu. Tiada gunanya lagi.’

“ Hoi Faris apa khabar!!!” Satu suara segera memecahkan ilusinya menjadi kaca yang bertaburan di taman hati. Air botol yang dipegangnya itu terjatuh ke atas bajunya. Bajunya basah. Tuntas, wajahnya merah dan hatinya bengkak. Lalu dia bangun dan menerkam leher Hafizuddin.

Buk!!! Buk!!! Buki!!!

Tiga tumbukan hinggap di dada dan perut Hafizuddin. Pelajar yang lain hanya mampu melihat sahaja.Mereka agak takut untuk menghalang. Nanti lebih ramai yang menjadi mangsanya.

Alangkah lemahnya iman.

Tatkala itu juga Nazri bersama-sama temannya yang menggelarkan diri mereka Save The Soul melintasi kelas faris dan perasan akan kejafdian tersebut. Sepantas kilat Save The Soul memasuki kelas yang tiada guru tersebut. Kekecohan berlaku seketika. Save The Soul segera menghentikan pergaduhan tersebut dan membawa Faris ke bilik kaunseling dan Hafizuddin ke bilik sakit.

Dalam perjalanan, mereka ditegur oleh Kaunselor.

“ Ha. Faris ada panggilan untuk awak di pejabat.” Faris segera bergerak ke pejabat. Dia mengangkat gagang di kaunter. Save The Soul mengikutinya dari belakang.

“ Assalamualaikum, ini Hospital Seremban telefon. Adakah kamu ini Faris, anak Dato’ Kamal.” Satu suara garau di balik telefon. Faris terbata-bata apabila mendapat panggilan dari hospital.”

“Ya saya anak Dato’ Kamal.” Jawabnya ringkas tetapi dengan nada yang sedang mareah.

“ Begini Faris. Kamu tahu ke mana ibu bapa kamu pergi pada pagi ini?”

‘ Eih hospital ini, aku bom juga baru tahu. Boleh tanya lagi pula.’ Suara itu hanya tersembunyi di kerongkongnya sahaja.

“ Tuan, ayah dan ibu saya pada hari ini akan ke Kuala Lumpur bertemu klien.”

“ Mungkin awak tersilap. Orang tua awak kini berada di Hospital Seremban. Mereka kemalangan. Dan berita yang saya baru terima, mereka meninggal dunia akibat pendarahan.” Dunia tiba-tiba berasa gelap. Gagang diletakkan. Badannya berasa berat. Pandangannya berpinar-pinar

‘ Ingat Faris, dengan kuasa yang besar akan ada tanggungjawab yang besar.’ Seketika kemudian pandangannya menjadi zulmat. Kemudian tubuhnya mencium lantai.

Dua bulan kemudian.

Imtihan SPM hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi. Mengapa banyak cubaan yang melandanya tatkala SPM sudah mula menampakkan wajahnya. Para pelajar yang lain sedang sibuk. Walaupun mereka sibuk, tetapi mereka tetap ceria menempuh hidup dan memperkukuh diri mereka sebagai khalifah tuhan di muka bumi.

Hal ini berbeza dengan Faris. Semakin kusut memikirkan titian hidupnya. Tahun ini dia akan menempuh SPM tanpa sokongan dari ibu bapa. Petang tadi, Amelia menelefonnya untuk berjumpa. Katanya ada hal yang mustahak.

‘ Ya di manakah harus aku mencari damai abadi? Di pelusuk manakah aku ingin mencari ketenangan hati? Dan di kamar manakah harus aku intai untuk mencari sinar di masa hadapan.’

‘Masjid?’ Terlintas di fikirannya. Sudah berapa lama dia tidak menyebut Allah. Manik-manik jernih mula bertakung di kelopak matanya. Dia mempersiapkan diri menuju ke Masjid yang berhampiran dengan rumahnya. Jalannya dipercepat.

Sampai di tangga masjid, dia masih terfikir, adakah aku layak memasukinya?
Dia terus memasuki masjid dan duduk seperti tahiyatul akhir di barisan saf pertama.

‘ Tuhan, aku tahu sekarang ini kau tengah sibuk. Tapi boleh tak kau dengar rintihan aku. Tuhan, ibu bapaku telah tiada. Aku kehilangan mereka di saat aku memerlukan. Tuhan!!! Berbicaralah bersama aku. Kenapa Kau tak nak bercakap? Adakah gerbang taubat buatku telah tertutup. Okey aku faham. Kau sering sibuk dengan urusan. Maafkan aku.’

Tibtiba dia merasakan dirinya dipukul.

“ Sial kau. Kau masuk ke rumah Allah dengan memakai kasut!!!” Seorang pemuda memukulnya dari arah belakang. Pemuda tersebut memanggil rakannnya yang lain. Lantas dengan itu sekumpulan pemuda datang dan menghambatnya. Dia meloloskan diri dan pulang ke rumah dengan nada yang sedih.

Kring!!! Loceng tengah hari memecahkan kesunyian persekitaran sekolah. Menandakan berakhirnya waktu sekolah pada hari tersebut. Memandangkan hari ini hari Khamis, sekolah akan tamat pada jam tiga petang. Dari kelas lagi, Faris dapat mendengar keriuhan motokar yang macet di jalanan. Pada hari ini, dia bertekad untuk berjumpa dengan ustaz Aziz.

Laila salsabila dan rakan-rakannya juga ada hal dengan Ustaz Aziz. Kerana ingin menghantar tugasan cuti.


“ Assalamualaikum Ustaz. Boleh saya tanya sesuatu? Mengenai taubat.” Faris memulakan bicaranya kepadanya Ustaz Aziz yang daripada tadi memeriksa sukatan.

“ Waalaikumsalam. Boleh tapi esok ya. Sebab ustaz nak hadiri mesyuarat. Takut tak sempat.”

‘Taubat???’ Hati Laila berbisik. Sepanjang 2 bulan dia bersekolah, belum lagi dia mendengar Faris mahu bertanya mengenai hal-hal agama.

“ Tidak mengapalah. Esok kita jumpa ya.” Faris berlalu dari situ. Laila Salsabila terus menhantar tugasannya dengan meletakkan sahaja di atas meja.

Sampai di luar pintu sekolah. Kaki Laila terus melangkah sambil memikirkan kalam yang diucapkan Faris tadi tanpe menghiraukan manusia di sekelilingnya. Dia mengotai langkah tanpa jihat yang pasti.

“ Laila!! Undur cepat. Jeritan itu begitu hampir dengannya. Namun semua anggotanya bagai hilang fungsi. Dia tergamam melihat sebuah kereta sedang menuju laju ke arahnya.

Street!!! Bunyi tayar berdecit. Mata Laila membulat dan.....

Dia dapat merasakan lengan kirinya direngut dengan kuat dari belakang. Tubuhnya berasa ditarik dan dia tejatuh ke bahu jalan.
Ramai pelajar yang melihat.

“ Nah ambil sapu tangan ini lap luka di tapak tangan itu.” Laila mengambil perlahan-lahan sapu tangan yang diberikan oleh Faris. Ketika kemudian Laila bangun. Faris menghadiahkan senuman. Laila tersipu-sipu malu. Selepas kejadian itu, Faris segera pulang ke rumah kerana pada petang tersebut Amelia mahu berjumpa dengannya di taman.
Waktu dinihari kian kelihatan. Bebola matahari tetap berada di tempatnya mengikut ketentuan Yang Maha Esa. Namun pijarnya tidak membahang. Amelia sudah tunggu selama 15 minit di taman. Pada hari ini dia mahu berjumpa dengan Faris. Katanya ada hal mustahak. Dari jauh kelihatan Faris sedang berjalan ke arahnya.

“ Amelia, apa yang mustahak sangat?” Faris hanya berdiri di depan Amelia yang sedang duduk di atas bangku dihadapannya. Amelia hanya tersenyum.

“ Sekejap, biasanya awak kalau jumpa saya, mesti awak bawa bunga untuk dihadiahi kepada saya. Kenapa hari ini tak?” Amelia hanya memandang wajah Faris.

Jeda.

“ Faris sayang...Kenapa diam. Awak ada masalah?” Faris menggeleng lagi.

“ Okey. Kita borak hal lain eh? Jadi bagaimana dengan perancangan kita nak sambung belajar sama-sama ke Paris?”

Faris menggeleng. Wajah Amelia tiba-tiba berubah. Sepanjang perkenalan, belum pernah dia melihat wajah Faris sebegini.

“ Amelia, saya fikir sekarang ini saya nak putuskan hubungan ini.” Saya tidak mahu terjerat dalam kancah hubungan yang tidak halal ini.

Krak!!! Hati Amelia bagaikan mahu pecah mendengarnya. Dia terbayang istana percintaan mereka yang dibina roboh. Haruman bunga di taman tersebut tidak seindah mana.

“ Apa. Faris awak sedar tak apa yang awak cakap ini?” Faris mengiyakan.

“ Amelia, saya mahu menunaikan harapan arwah ibu bapa saya. Mereka mahukan saya belajar agama. Sedangkan awak merupakan insan yang prejudis terhadap agama. Kita tak sehaluan.” Faris menjawab. Manik-manik jernih kelihatan deras mengalir di pipi Amelia.

“ Awak nekad Faris nak putus.”

Angguk

“ Baiklah. Untuk pengetahuan awak , lusa merupakan hari terakhir saya berada di Malaysia. Selepas itu saya akan mengikut keluarga berpindah ke Moscow. Selamat tinggal Faris.” Dia memulakan langkah meninggalkan taman itu meninggalkan Faris. Seketika kemudian, dia menoleh ke arah Faris yang masih tercegat di situ. Faris tidak memandangnya. Dia berpaling semula dan meninggalkan taman bunga di bandar Seremban sambil diiringi gerimis petang.

Sebagai seorang penghafaz Al-Quran, mampukah dia untuk menipu diri sendiri. Laila sedar, setiap manusia mempunyai perasaan mahu menyayangi dan disayangi. Itu merupakan fitrah yang telah ditetapkan. Dari jauh kedengaran suara Imam sedang membaca surah dari masjid yang berdekatan. Dia menatap sapu tangan coklat yang diberikan oleh Faris semasa menyelamatkannya tadi.

‘ Apa yang harus aku lakukan untuk mengucap terima kasih kepadanya’

‘ Berjumpa dengannya.? Tidak mungkin. Aku kena menjaga batas pergaulan.

Ya!! Tulis surat kepadanya.’ Pantas tangannya mencapai pen dan kertas dan mula mengarang warkah untuk Faris. Selesai menulis dia melipat kertas itu dan memikirkan bagaiman mahu dia berikan kepada Faris.

‘ ya, melalui Izhar.’

Faris dalam perjalanan pulang ke rumah setelah berjumpa dengan Ustaz Zayed bagi membincangkan mengenai taubat. Pada waktu itu dia diajar bagaimana melakukan solat sunat taubat. Dengan berkat Allah, pada malam itu juga dia berjaya menghafal surah-surah lazim. Sesampainya di rumah dia teringatkan pula surat yang dikirim oleh Laila. Dia mengambil surat tersebut dan membacanya di bilik.

Assalamualaikum

Tujuan Laila menulis surat ini kerana mahu mengucapkan terima kasih sebab selamatkan Laila hari itu. Kalau tidak tak tahulah apa yang akan jadi. Faris, Laila tahu Faris kini berada dalam proses perubahan. Faris sepatutnya bersyukur kerana Allah masih lagi menyayangi Faris. Dia kini sudah membuka gerbang taubat kepada hambanya. Ingat Faris, gerbang taubat sentiasa terbuka. Gerbang taubat tidak pernah berkunci.

Faris, jadilah khalifah yang memakmurkan bumi Allah. Jadilah pemimpin yang membawa umat ke jalan yang diredai. Dan seharusnya setiap lelaki menanai erti khalifatullah dalam jiwa mereka. Hanya mereka yang mengerti makna khalifatullah akan terus mapan berdiri. Jadilah khalifah dan kukuhkan azam moga segala kesedihan Faris, akan terpisah jauh dari realiti.

Hati Faris sayu membacanya. Dia sudah bersedia melompat ke arah gerbang taubat. Tetapi dia mahukan bukti kekuasaan Allah. Di mana harus dia cari bukti mengenai kekuasaan Allah. Dia mengesat air matanya. Dia membuka helaian warkah yang kedua.

Laila mahu berpesan. Janganlah Faris memetik bintang akidah dari langit yang suram. Lalu Faris sematkan ia dalam hati yang majhul hakikat kerana ia akan menjatuhkan Faris ke dalam zulmat. Janganlah Faris menghamburkan kata penyesalan dan melagukan mantera taubat tanpa kefahaman kerana ia akan menjadi badai yang akan meruntuhkan setiap nurani manusia. Faris kini berada di tebing juram. Di hadapan sana terdapat sebuah gerbang taubat yang besar. Lompatlah dengan basmalah. Terbanglah ke sana dengan hamdalah dan pastikan memasukinya dengan kunci akidah.

Faris lompatlah tanpa sebarang keraguan. Kedamaian menunggu mu disana. Janganlah kau persoalkan mengenai kekuasaan Allah. Jika kau mahu melihat kekuasaanya, kau hanya perlu melihat dirimu. Darah yang mengalir. Pohon yang membesar. Kesihatan tubuh. Bukankah itu menunjukkan kekuasaan Allah. Faris, andai kau mahu bahagia, lompatlah ke arah gerbang taubat. Moga pilu yang dihurung, resah yang ditanggung serta kesedihan yang menggunung akan sirna dari lubuk kalbu. Lalu kau peroleh damai abadi

Sekian, Laila Salsabila

‘ Ya itu jawapannya. Dia mengesat air matanya. Lantas dia mengambil wudhu bagi menunaikan solat sunat taubat. Selepas itu dia berdoa agar Allah mengampunkan dosanya. Kini dia sudah memasuki gerbang taubat di atas titian khalifah.

‘ Ya Allah, terima kasih di atas kudrat yang Kau pinjamkan. Terima kasih di atas titian yang kau hamparkan’

Sepuluh tahun kemudian.

Hadirin yang hadir bertepuk gembira. Kalam hamdalah bergema ke angkasa. Ada juga para hadirin yang menanis terharu mendengar pengalaman Ustaz Faris. Pada hari itu diadakan jamuan di SMK Taman Tuanku Jaafar yang telah dianjurkan dengan kerjasama alumni sekolah. Pada majlis itu dia telah diminta berucap mengenai pengalamannya. Namun di atas pentas itu dia tidak dapat mengecam wajah Laila Salsabila dan Nazri. Turut kelihatan anggota Save The Soul bersama keluarga masing-masing. Kebanyakkan sudah bergelar ibu dan bapa . Dia juga berharap Amelia yang telah pergi dari hidupnya akan menuruti jejak langkahnya.

Di Mekah ketika itu, Laila Salsabila masih lagi terpaku di hadapan Masjidil Haram sambil mendongak ke arah Mernara Jam DiRaja Arab Saudi yang membelah langit. Dia baru sahaja habis mengerjakan umrah bersama suaminya yang juga anggota Save The Soul. Nazri. Dia menyelok saku jubahnya dan mengeluarkan sehelai sapu tangan. Hatinya menjadi sayup.

‘ Faris, dimanakah kamu sekarang?’

Di rumah, Faris baru sahaja balik dari jamuan di sekolah lamanya.
Perjalanan yang jauh dari seremban ke segamat amat memenatkan. Sesampainya di rumah, dia terus disambut oleh isterinya Aisyah.

“ Abang, ada kawan lama abang nak jumpa?” Aisyah memulakan bicaranya ketika dia menyambut Faris di perkarangan rumah mereka di Bandar Segamat.

“ Siapa?” Faris bertanya. Aisyah hanya tersenyum. Apabila dia memasuki rumah, dia melihat seorang gadis berjubah arab, berpurdah dan memakai tudung labuh sedang duduk di atas sofa. Perlahan-lahan gadis tersebut membuka purdahnya. Dia tergamam.

‘ Amelia?’

TAMAT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...