Pelabuhan Mardhiah

Ombak kelihatan memutih ke darat. Kelihatan burung beterbangan di awan keluar mencari makan. Aku begitu rindu pada kampung halamanku nanti setelah aku berangkat ke Istanbul. Bagi menyambung pelajaranku, aku terpaksa.




“ Bang...nanti bila abang pergi, abang jangan lupa Aiza eh..” Suara Rohaiza memecah kesunyian pada pagi itu.



Aku begitu kasihan untuk meninggalkan isteri kesayanganku yang sedang empat bulan hamil. Sebenarnya aku tidak yakin apakah anak yang dikandung Rohaiza itu adalah zuriatku. Keputusan kajian doktor mengesahkan aku mandul. Apakah tiga bulan lepas semasa aku bertugas di Ukraine, Rohaiza berlaku curang padaku ? Aku teringat peristiwa sebulan yang lepas.



* * * * * * * * *



“ Arif, Aiza disahkan hamil oleh doktor." Ketika aku sedang berbaring di atas katil bersama Rohaiza dia terus memberitahuku. Berita itu tidak menggembirakan hatiku. Rohaiza dapat mengenal pasti riak pada air mukaku.



“ Kau jangan nak bohong Haiza. Doktor telah mengesahkan aku ni mandul. Aku tidak boleh memberikan kau anak. Atau kau berlaku curang padaku ketika aku bertugas di Ukraine dahulu ?” Herdik aku pada Haiza. Aku dapat melihat air matanya mula mengalir di roma kulitnya yang putih dan halus itu.



“Abang !! kandungan ini anak abang, darah daging abang. Bukan orang lain.” Jelasnya ringkas sambil cuba untuk meyakinkan aku. Dia berharap aku akan menerima berita itu dengan gembira tapi aku menerima itu dengan perasaan sebaliknya.



Pada malam itu, aku hanya tidur di ruang tamu rumahku sahaja. Sepanjang malam aku mendengar tangisan Haiza tersedan-sedan.Bulan depan aku berhasrat untuk ke Istanbul bagi menyambung pelajaranku. Bukan itu sebab utama aku ke sana tetapi aku ingin melarikan diri daripada Haiza. Bagiku anak yang dikandungnya itu adalah anak orang lain.



* * * * * * * *



Aku teringatkan kenangan bulan lepas. Pada hari esok aku akan ‘melarikan diri’ ke Istanbul. Jam menunjukkan pukul 8 pagi. Pon!!!!! Bunyi hon kereta kedengaran di ruang telingaku.



“ Baiklah Haiza, kita dah nak pergi ni. Kawan abang akan hantar Haiza ke rumah kakak dan dia juga akan hantar abang ke Lapangan Terbang Senai.” Aku memberitahu isteriku. Sampai sahaja di rumah kakakku aku terus memberitahu dia supaya jangan tinggal solat. Aku juga akan menghantar wang buat perbelanjaannya.



Jam menunjukkan pukul 11.15 pagi. Kapal terbang yang dinaiki olehku berlepas menuju ke Turki. Dalam perjalanan aku terbayang wajah isteriku. Aku teringatkan hadis nabi,





“ Dinikahi wanita itu kerana empat perkara. Kerana keturunannya, kecantikannya, kekayaannya dan kerana agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu.” Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.





Aku berfikir sejenak. Aku teringatkan balik keadaan isteriku. Aku terkenang kembali zaman aku belajar bersama-samanya tiga tahun yang lalu di Universiti Malaya. Aku pernah mengutus surat kepadanya. Surat itu aku ambil dari seni kata lagu Bisikan Nurani.





Kejernihan wajahmu

Sempurna pada pandanganku

Kau kirana

Keturunan terpilih

Disanjung serta dihormati

Kau permata

Kesederhanaanmu

Mengecap kekayaan dunia

Kau mestika

Ketaqwaan dirimu

Itu yang merantai jiwaku





Aku tersedar daripada lamunanku. Setelah 6 jam perjalanan akhirnya aku sampai di Ataturk International Airport. Bagiku negara orang seperti Turki bukan asing lagi bagiku. Badanku terasa penat. Apabila sampai di Hotel of Istanbul, aku pun masuk ke bilik dan merebahkan badan di atas katil yang empuk itu.





Kicauan burung kedengaran di telingaku. Aku dapat mendengar ombak laut Marmara. Kedudukan bilik aku betul-betul tepat menghadap selat Bosphorus.Selat itu dikatakan selat paling sibuk di eropah. Selat itu juga menghubungkan Turki di negara sebelah asia dan sebelah barat. Dari ruang kamarku juga aku dapat melihat pelabuhan tanduk emas. Laut itu menganjur ke darat dan membentuk seperti tanduk dan sinaran matahari pagi telah menjadikan warna air laut itu seakan bewarna emas



* * * * * * * * *



“ Kakak tolong saya kakak...”Jerit Haiza.



“ Kenapa ni Haiza ? Haiza dah nak bersalin ya? Nanti kakak akan dapatkan bantuan.” Ujar Kak Rohaima. Dia merupakan kakak kepada isteriku Rohaiza. 10 minit kemudian, ambulan pun tiba dan Haiza dikejarkan ke Hospital Sultan Ibrahim.



“ Kak mana abang Arif? Dah lima bulan dia di sana, bila dia nak balik?” Ujarnya sambil menahan kesakitan untuk melahirkan cahaya pertama mereka. “Sudah lima bulan. Dia hanya menghantar duit sahaja.” Sambungnya lagi.



“Sabarlah nanti kakak akan telefon dia.” Balas Kak Rohaima.



“ Puan boleh tunggu di sini dan banyak bersabar. Serahkan semuanya kepada Allah.” Ujar salah seorang daripada jururawat itu.



Sejam sudah berlalu. Tiba-tiba kedengaran tangisan seorang bayi memecahkan rasa suasana sunyi di bilik menunggu. Kelihatan seorang doktor keluar dan memberitahu Kak Rohaima yang isteriku melahirkan bayi perempuan yang comel.



“ Tengok Haiza mirip anak Haiza sama seperti Abang Arif.” Haima memberitahu adiknya. Tetapi wajah muram tetap terpancar pada wajahnya.



“ Kakak, anak ini memerlukan kasih sayang seorang bapa. Izinkan saya ke Istanbul bagi berjumpa dengan abang Arif. Saya namakan anak perempuan ini Nur Rabiatul Mardhiah Bin Muhammad Al-Arifhan Al-Masyhur.” Beritahu Rohaiza.



“ Kakak izinkan, tetapi biarlah anak ini sudah besar dahulu.Lagipun kau baru bersalin dan abang Arif pun masih sibuk belajar.” Balas Rohaima.



* * * * * * * * *



Tiga tahun kemudian.



Kini aku telah mempunyai PhD dan bergelar Doktor. Selepas majlis graduasi aku terus teringatkan Rohaiza. Aku begitu rindu padanya setelah hampir tiga tahun aku melarikan diri daripadanya. “ Apakah yang berlaku padanya? Apakah anak yang dikandung itu telah dilahirkan?" Persoalan itu bermain ligat di dalam ruang pemikiranku.



Selepas bergelar doktor aku mengambl keputusan untuk terus tinggal di Istanbul. Aku telah bekerja dengan sebuah syarikat pembangunan milik Malaysia di sana.



“ Tuan, berdasarkan laporan kerja, pelabuhan itu sudah dikatakan 90 peratus siap. Kini hanya tinggal nama pelabuhan dan beberapa infrastruktur lain sahaja.” Ujar pembantuku Mr. Mehmet.



“ Nama pelabuhan itu biar saya fikirkan nanti. Lagipun saya akan melawat tapak kerja dahulu.” Balasku dengan ringkas. Aku berhasrat untuk berjalan-jalan di tapak pelabuhan projekku pada petang itu.Aku memandu ke tapak pelabuhan projek. Aku dapat melihat cahaya matahari kemerah-merahan di ufuk sebelah barat. Aku merasakan suasananya yang tenang. Kedengaran ombak Laut Marmara yang tenang. Kicauan burung dan sekali-sekala aku mendengar bunyi hon kapal. Aku membiarkan badai angin terus membelah mukaku. Suasaa itu telah membawa aku ke dalam alam lamunan.



“ Ya Allah, alangkah indahnya jikalau aku mempunyai keluarga. Aku mempunyai anak sendiri. Tapi apakan daya. Keputusan doktor telah mengesahkan yang aku ini mandul.” Aku bermonolog di dalam hati sambil mengenang nasibku ini.



“ Assalamualaikum abang Arifhan.” Salam itu terus mengejutkan aku dari lamunanku. Aku menoleh ke belakang dan kelihatan seorang perempuan sambil memegang seorang anak kecil yang seiras dengan wajahku.



“ Rohaiza....” Aku menjawab soalan itu dengan suara berketar-ketar. Aku terus memeluk isteriku yang sudah tiga tahun tidak berjumpa. Perasaan rindu yang telah menyelubungi kami berdua, kini dihapuskan dengan pelukan manjaku bersama Rohaiza.



“ Abang ini anak abang. Abang tidak mandul. Buktinya anak perempuan ini sah milik abang. DNA abang sama dengan anak abang. Namanya Rabiatul Mardhiah Bin Muhammad Al-Arifhan Al-Masyhur.” Ujarnya panjang lebar. Aku terus mendokong anakku. Anak comel itu memandangku sambil tersenyum.



“ Rohaiza maafkan abang kerana salah anggap pada Rohaiza selama ini.” Aku meminta maaf pada isteriku. Aku dapat melihat air matanya bertakung di kelopak matanya. Lalu air mata itu mengalir membasahi roma kulit Rohaiza yang putih itu.



“ Rohaiza sudah maafkan abang. Sejak dahulu lagi.” Balas isteriku dengan ringkas.



Aku akan namakan pelabuhan ini Pelabuhan Mardhiah bersempena dengan nama puteriku. Ya Allah betapa aku hargai. Anugerah syurga di dunia. Doa kudus aku panjatkan semoga dirahmati. Aku dan keluargaku berjalan di sepanjang Pelabuhan Mardhiah sambil menghirup udara senja bosphorus.



Lampu-lampu di pelabuhan terus menyala. Hari semakin gelap.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...