Musim-Musim Syurga

Kota Damsyik yang padat itu dihangatkan lagi dengan kedatangan musim soifi yang kian membara. Matahari berpijar di petala langit. Seakan lidah api yang menjilat semua makhluk yang melata di bumi. Keadaan seperti itu memang memaksa penduduknya hanya duduk berehat di rumah mereka. Sambil pintu dan jendela menutup mulutnya, melarang angin soifi yang berpijar menerobos masuk ke rumah mereka.

Azan kedengaran dari beribu-ribu menara sekitar Damsyik hanya mampu memukul semangat keimanan insan yang betul-betul tebal imannya. Memukul hati dan memujuk umat Islam ke masjid dan menjadi bukti ketakwaan kepada-Nya serta cinta kepada pesuruh-Nya. Hakimi mengatur langkah gesit berjalan ke arah masjid yang hanya terletak beberapa kilometer dari rumahnya. Dia mempercepat langkah setelah kedengaran iqamat bergema. Kerjanya yang banyak sebagai pensyarah membuatkannya lima hari menjadi imam yang masbuk. Hari ini dia membulatkan tekad dan memperkukuhkan azam untuk bersama-sama dengan takbir imam yang pertama.

Bangunan masjid tetap berdiri utuh menerima pancaran matahari yang bersuhu 44 darjah celcius!!! Namun, sesekali angin mediterranean menghembus dan menyejukkan bangunan masjid itu. Hakimi terpaku memandang bangunan masjid yang seakan masjidi Al Aqsa di Baitul Muqaddis. Entah mengapa hatinya menjadi sayu melihat masjid itu. Seakan ada seuntai memori datang menerjah igatannya.

“ Abang boleh tolong belikan kitab Feqah untuk adik tak”

“ Insya Allah. Abang ada di masjid ini. Nanti telefon abang. Takut abang lupa.”

“ Okey, Syukran abang”

“ Afwan Daniel.”

Memori tiga tahun yang lalu itu terus terpahat kemas di ingatannya. Ketika dia menerima panggilan dari adik kembarnya Daniel menyuruhnya membelikan kitab buatnya. Ketika itu hari jumaat, dia baru sahaja mahu melangkahkan kakinya ke dalam masjid itu. Namun takdir Allah lebih mengatasi segala-galanya. Kini Daniel adik kembarnya telah terbang melayang menerima dakapan Ilahi

*********************

“ Abang Hakimi percaya pada cinta?” Daniel memulakan bicaranya ketika melihat dia dan abangnya Hakimi baru selesai siap menunaikan solat Isyak berjemaah. Daniel duduk di sebelah abangnya.

“ Daniel, berapa kali Daniel asyik ulang soalan yang sama saja. Abang percaya pada cinta Daniel. Cinta itu luas. Cinta kepada Allah, cinta kepada Rasul, malah jika kita sayang kepada sesuatu benda seperti kitab sekalipun, itu sudah dikira cinta.”

“ Maksud abang apa?”

“ Maksud abang, kalau kita sayang pada kitab kita, itu maksudnya kita mencintai kitab tersebut dan apa yang lebih penting kita menghargai ilmu dan mencintai ilmu tersebut.” Hakimi menjawab pertanyaan adiknya dengan tenang.

“ Kalau cinta sejati itu bagaimana abang?”

“ Cinta sejati pula adalah cintanya sepasang pengantin yang telah diredhai Allah dan didoakan seratus ribu malaikat penghuni langit. Tidak ada perpaduan kasih lebih indah dan lebih suci daripada pernikahan.” Daniel hanya menangguk. Memang sudah lazim bagi mereka, setelah bersolat maghrib, Daniel mesti ada persoalan agama yang mahu ditanya kepada abangnya.

“ Diredhai Allah? Maksudnya, Baitulmuqaddis dan Masjid Al Aqsa, itu cinta? Merekakan kawasan yang diberkati. Buktinya tertulis dalam Surah Isra’ ayat pertama. Mereka diberkati oleh Allah yang berada di langit.
Hakimi hanya tersengih kecil melihat gelagat adiknya. Ketika adiknya mahu bertanyakan mengenai cinta, elok juga Hakimi memberi penjelasan yang betul dan melelui pandangan agama. Apa akan terjadi sekiranya Daniel bertanya hal tersebut kepada rakan-rakannya? Sudah pasti rakan-rakannya akan memberi jawapan dan tanggapan yang salah mengenai cinta kepada Daniel.

“ Daniel, Allah tidak berada di langit, tetapi Allah senitiasa berada di hati kita. Allah senitiasa berada dekat dengan kita. Insya Allah, dan Daniel tak perlu risau, Daniel akan dipertemukan dengan jodoh Daniel nanti.”

“Eh abang, isyak dah masuk. Jom kita berjemaah lagi.”
Jauh terpendam di hati Daniel, dia menyukai seorang perempuan yang tinggal berdekatan dengan rumah mereka. Zahra Nabilah merupakan namanya. Jubah dan tudung labuh boleh dikatakan uniformnya. Purdah tidak pernah tertanggal dan menampakkan mukanya.Tetapi, di sebalik kesopanannya, Zahra menghidap satu penyakit. Jantung berlubang. Penyakit itu telah dihidapinya sejak dia kecil lagi. Setiap hari Daniel berdoa agar Zahra Nabilah ialah jodohnya.

“ Ya Allah sekiranya Zahra adalah jodohku, kau dekatkanlah aku dengannya. Jikalau dia bukan jodohku, kau pertemukanlah dia dengan seorang lelaki yang akan memandunya ke arah cinta yang sejati. Seperti mana yang diucapkan oleh abang kembarku, Hakimi.”

****************************

Badan Hakimi masih terpaku sambil mendongak ke arah masjid. Ramai jemaah telah pulang ke rumah masing-masing. Hakimi menyedari hal itu. Lantas dia mengeluarkan sehelai tisu dan mengesat air matanya. Dia mengambil wuduk dan terus menunaikan solat zuhur. Setelah itu dia berwirid sebentar dan terus pulang ke rumah.

Di rumah, Zahra Nabilah yang kini menjadi isterinya yang sah, kelihatan sedang sibuk mengemas rumah, memasak dan menunggu suaminya Hakimi pulang dari kerja. Ketika sedang sibuk mengemas biliknya, dia terjumpa satu buku yang ditulis oleh suaminya dan yang kelakarnya buku itu juga dijadikan sebahagian dari hantaran ketika perkahwinan mereka.

*****************************

“ Assalamualaikum Ustaz Hakimi, boleh ana tanya sesuatu? Mengenai ceramah yang ustaz sampaikan tadi.”

“ Boleh yang mana satu?” Hakimi menjawabnya dengan tenang. Ketika itu dia baru sahaja selesai memberi ceramah anjuran sebuah persatuan pelajar di universiti.

“ Tadi ketika ceramah, ustaz ada mengatakan bahawa Al-Quran itu diturunkan secara sedikit demi sedikit. Soalan saya, boleh ustaz ceritakan mengapa Al-Quran diturunkan sedemikian.” Soalan pertama ditujukan kepada Hakimi.

“ Baiklah. Sebenarya ada beberapa hikmah mengapa Allah menurunkan Al-Quran sedikit demi sedikit. Antaranya adalah kerana memberi peluang kepada Rasullullah dan para sahabat untuk menghafalnya. Cuba saudari fikirkan, seandainya Al-Quran diturunkan secara terus. Hal ini pasti menyukarkan Rasullullah dan para sahabat untuk menghafalnya, dan apa yang lebih penting lagi, supaya dapat disebarkan kepada umat Islam.” Zahra mendengar dengan penuh khusuk. Pen yang berada di tangannya menari dengan lincah di atas buku notanya.

“ Selain itu, dapat memberikan motivasi kepada Nabi. Dalam perjuangannya untuk menyebarkan Islam ke seluruh tanah arab, Nabi sering kali dicerca, dihina, dipulau dan apa yang lebih menyedihkan lagi apabila nabi dituduh gila dan dituduh pula sebagai ahli sihir ketika dia menunjukkan mukjizatnya. Pada ketika itulah Allah menurunkan ayat-ayat suci-Nya untuk dijadikan motivasi kepada Nabi.” Hujahnya yang lancar, membuatkan Zahra terpegun dengannya.

“ Oh begitu, dan lagi satu ustaz, mengapa ada sesetengah ayat dimulai dengan ayat....dan mereka bertanya kepada Rasullullah.... Contohnya dalam surah Al-Qiyamah:

Dan mereka bertanya (secara mengejek) bilakah kiamat

Dan lagi satu :

Dan mereka bertanya kepada Rasullullah mengenai arak dan judi


“ Kalau saudari fikirkan itu juga merupakan hikmah mengapa Al-Quran diturunkan sedemikian. Kadangkala nabi sendiri sering ditanya mengenai persoalan yang tidak mampu dijawab. Ketika itulah Allah menurunkan ayat Al-Quran dan memberi Nabi Muhammad jawapan kepada setiap persoalan yang dihadapinya.” Zahra Nabilah tersenyum puas.

“ Terima kasih Ustaz Hakimi. Insya Allah perbualan kita ini akan dimuatkan dalam majalah pelajar keluaran bulan depan. Terima kasih ya ustaz. Oh ya sebelum itu, dimana agaknya saya nak dapat buku Islam It Is More Than Just a Religion yang dikarang ustaz itu?”

“ Nanti saya akan kirimkan.”

**************************

Kini buku itu sudah berada di tangannya. Buku itu amat menarik kerana menceritakan mengenai keindahan Islam yang bukan hanya sekadar agama malah Islam juga merupakan agama perpaduan, agama kedamaian dan bagaimana Islam boleh memandu manusia mengenai tatacara serta etika kehidupan yang sempurna.

***************************

1

Daniel berjalan ke arah biliknya. Tiba-tiba matanya tertumpu pada sekeping sampul surat yang tercicir di atas lantai menghala ke dapur. Dia meneliti surat itu. Hatinya berombak kencang apabila terlihat nama abangnya terpampang di depan surat itu.

‘ Mungkin abang tercicir rasanya.’
Atma hatinya digigit apabila terlihat nama Zahra Nabilah di belakang surat itu. Lantas dia membuka surat itu dengan seribu satu persoalan. Dia membaca surat itu dengan penuh teliti.

Assalamualaikum.

Ustaz Hakimi
Seorang muslim, pensyarah yang ana hormati.
Ustaz, pertemuan kita tempoh hari terlalu memberi kesan kepada diri saya. Ingat lagi tak ustaz selalu ceritakan pada saya mengenai Al-Quran. Ustaz, ustaz boleh tolong saya tak? Kenapa ramai lelaki yang suka ganggu saya? Saya minta bantuan dari ustaz.Dan lagi satu, saya sudah lama memerhatikan ustaz, ustaz seorang yang baik, peramah dan seadanya. Ustaz saya mahu tanya ustaz satu soalan, tetapi....tetapi....saya malu. Ustaz rasa kita ini, sesuai tak kalau dijodohkan? Maafkan saya ustaz sekiranya soalan ini terlalu berat bagi ustaz .Saya tidak mahu terus diulit dengan angan-angan yang tidak berkesudahan.

Zahra Nabilah

Damsyik, Syria.


‘ Ya Allah adakah ini jawapannya, kepada setiap istikharahku. Ya Allah jika ini jawapannya yang Kau berikan, aku ikhlas dan reda. Mungkin abang Hakimi lebih baik dengan Zahra Nabilah.’
Dia mengambil keputusan untuk mengasingkan dirinya sebentar. Kini impiannya untuk mendirikan masjid bersama Zahra tidak kesampaian. Namun dia reda dengan ketentuan Allah. Ternyata selama ini Zahra tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadap Daniel walaupun mereka teman sekuliah. Kini, abangnya Hakimi yang menjadi pilihan Zahra Nabilah.
Dia mengemas pakaiannya dan berlalu pergi. Air matanya mula bergenang dan bertakung hingga menjadi kelopak tasik kesepian.

‘ Abang, maafkan adik kalau adik keluar tak beritahu abang. Adik hanya perlukan masa untuk bersendirian. ‘
Hatinya menjadi tidak keruan. Dia memandu dengan laju membelah jalan metropolitan Damsyik.

2

Tiga hari berlalu bagaikan tiga abad bagi Hakimi. Hatinya masih lagi ditusuk dengan beberapa persoalan. Kesepian mula mewarnai kehidupannya. Dia mengatur langkah ke bilik air untuk mengambil wuduk. Hatinya semakin tidak senang. Tiga hari adiknya menghilang. Telefon dimatikan. Setelah itu dia menghamparkan sejadah kusam miliknya. Dia memulakan solatnya dengan penuh khusyuk. Kemudian membaca surah Al-Fatihah. Diteruskan lagi dengan surah Yusuf. Pada rakaat kedua dia membaca pula surah Al-Furqan. Kedua-dua surah itu dia hafal dengan baik. Ketika sujud, dia merasakan dirinya begitu kerdil di hadapan Allah.
Selepas solat dia mengambil masa selama lima belas minit untuk berwarid. Tiba-tiba dia teringat akan surat yang diberikan oleh Zahra kepadanya.

‘ Zahra mesti nak tanya mengenai Al-Quran.’ Atma hatinya berbisik. Dia mencari di dalam almari. Di dalam blazernya. Untuk mencari sekeping surat di tengah malam ini dengan kesejukan paras enam darjah celcius amat menyeksakan. Tubuhnya tetap menggigil kesejukan walaupun pemanas udara sudah dipasang sejak maghrib tadi.
Tiada. Hakimi buntu seketika. Dia duduk di atas katilnya.

‘ Atau aku hanya perlu telefonnya sahaja. Pada waktu begini, dia mesti sedang menyiapkan kerjanya’
Dia mengatur langkah ke almarinya. Tiba-tiba kedengaran telefonnya berbunyi. Dia mencapai telefonnya.
Klik! Butang hijau ditekan.

“ Assalamualaikum Hakimi, Hakimi di mana. Ni makcik Maria mamanya Zahra.”

“ Ya saya makcik. Saya Hakimi. Mengapa makcik telefon?” Di balik panggilan, dia dapat mendengar suara cemas. Seperti ada sesuatu yang berlaku pada Zahra.

“ Zah...Zah....Zahra tak sedarkan diri sejak isyak tadi. Hakimi tolong bawakan Zahra ke hospital.”

“ Baiklah makcik saya akan datang sekarang juga.”
Hakimi mencapai kunci keretanya. Dia dan Puan Maria membawa Zahra ke hospital. Hakimi meluncur laju kenderaanya tanpa menghiraukan undang-undang keselamatan jalan raya di Damsyik. Setelah lima belas minit akhirnya mereka sampai ke hospital.

3

“ Apa!!! Tiga bulan sahaja doktor?” Hakimi terkejut mendengar penjelasan doktor mengenai kondisi jantung Zahra. Menurut doktor, Zahra telah disahkan kegagalan jantung dan terpaksa bergantung pada jantung mekanikal. Kelihatan Puan Maria hanya menangis teresak-esak di sebelahnya.

“ Puan hanya mempunyai masa lebih kurang dua bulan setengah sahaja lagi untuk mencari penderma. Jantung mekanikal tersebut hanya boleh bertahan tiga bulan sahaja. Doktor perempuan tersebut menjelaskan. Kata-kata itu betul-betul membuatkan atmanya terasa digigit. Hakimi mengerling ke arah jam tangannya. Waktu subuh kian menghampiri. Memang menjadi satu kebiasaan malam lebih pendek berbanding dengan siang di Syria. Hakimi meminta izin dari Puan Maria untuk pulang kerana ada hal yang harus diselesaikan. Pada pagi itu hingga ke petang dia akan menggantikan tiga kelas di universitinya. Masing-masing ialah kuliah Usuluddin, Perdagangan Islam dan dan Pengurusan Kewangan dan Perundangan.

Hati Puan Maria sayu ketika dia berjalan ke arah wad Zahra. Bilik Zahra hanya terletak tiga pintu dari bilik doktor. Ditatapnya wajah Zahra, rasa kesian terus datang mengetuk gerbang hatinya. Azan subuh kedengaran. Dia mengejutkan anaknya untuk menunaikan solat subuh secara rukhsah. Secara perlahan mata Zahra terbuka dan tersenyum kepada ibunya.

“ Zahra, jom solat subuh, nanti mama akan cuba dapatkan telekung buat Zahra.”

“ Emak, lepas solat subuh, Zahra nak sambung tidur lagi boleh. Zahra letih mak.”

Sudah menjadi satu kebiasaan di Damsyik. Oleh sebab malamnya lebih singkat berbanding dengan siang, membuatkan orang di sana sering berasa keletihan selepas subuh. Mereka biasanya akan tidur semula selepas subuh dan akan bangun semula pada pukul lapan pagi. Sebab itu banyak kedai di Dansyik akan buka pada pukul sembilan pagi.

“ Sayang Zahra, cuba bayangkan kalau tentera Israel menyerang Syria pada jam enam pagi. Sudah temtu dengan mudah mereka akan menawan kota Damsyik kerana ramai rakyatnya yang sedang tidur. Sebab itu kita tidak boleh tidur lepas subuh, memang tidak digalakkan dalam Islam.”
Selesai bersolat subuh secara rukhsah, Zahra bertilawah sehingga masuk waktu Dhuha manakala Puan Maria pula keluar dari hospital sebentar untuk membeli sarapan. Setelah itu dia membawa anaknya berjalan-jalan di sekita taman hospital sambil ditemani oleh dua orang jururawat yang akan memastikan keadaan Zahra dan jantung mekanikal itu berfungsi dengan baik.

“ Mama, Hakimi mana?”

“ Hakimi sibuk Zahra. Dia sekarang tengah risau. Adiknya Daniel sudah tiga hari tidak pulang ke rumah.” Jelas Puan Maria.

“ Maksud mama, Daniel adik kembarnya itu.?

“ Ya, teman sekuliah kamu.”

Zahra mengangguk tanda faham. Tiba-tiba darah mula mengalir keluar dari hidungnya. Zahra pengsan dan dia dikejarkan semula ke wadnya.



4

Rona-rindu disebabkan keheningan sekitar memancarkan rasa pilu di epidermis jiwa. Matahari kian memancar di petala langit.Ramalan cuaca mengagak suhu di Damsyik mencecah 45 darjah celcius. Azan Asar kedengaran dari corong masjid hanya mampu menggerakkan iman yang kental laksana batu karang dari tengah lautan. Bukan seperti pasir dan lalang di tepi jalan. Selesai bersolat asar, Daniel hanya mengambil keputusan untuk berehat di rumah flat yang disewanya dua bulan lalu.

“ Assalamualaikum,” Kedengaran pintu rumahnya diketuk orang. Dengan pergerakkan yang malas dan dia berjalan dan membuka pintu tersebut.

Wusss

Angin panas menerpa ke arahnya. Kelihatan Mr James, tuan rumah yang menyewakan rumah itu.

“ Daniel saya datang ini, nak minta duit sewa untuk bulan ini.” Mr James yang berambut perang itu memulakan bicaranya. Dia merupakan seorang saudagar dari Austria yang menetap di Damsyik atas urusan kerja. Daniel bergerak ke arah biliknya dan mengeluarkan beberapa wang kertas dari dompetnya dan menyerahkan wang tersebut kepada Mr James.
Pada malamnya pula dia mengenakan jubahnya dan bergerak ke bank untuk memindahkan wang dalam akaunnya ke dalam akaun yang lain. Dalam akaunnya dia mempunyai lima juta pound. Wang itu merupakan peninggalan perusahaan kedua ibu bapanya yang mempunyai syarikat tenusu terbesar di New Zealand. Manakala abangnya pula mempunyai 12 juta pound. Wang itu merupakan peninggalan datuknya yang mempunyai saham dalam perusahaan minyak di tiga buah negara iaitu Arab Saudi, Qatar dan Bahrain.

Daniel turun dari flatnya sambil memegang beberapa fail yang diletakkan di dalam begnya. Bank yang ingin dituju terletak beberapa dua kilometer dari flatnya. Dia hanya berjalan kaki di Kota itu. Menunggu teksi merupakan perkara yang paling membosankan. Dengan suhu malamnya yang kadangkala boleh mencapai 13 darjah celcius.
Dia terdengar bunyi bising dari sekitar bank. Tiba-tiba dia merasakan dirinya rebah dan pandangannya gelap. Zulmat.

5

Hakimi duduk berteleku di dalam pejabatnya. Tiada banyak benda yang boleh dilakukan. Dia mengerling ke arah jam. Waktu Zuhur hampir masuk. Dia mencapai alat kawalan jauh dan mengaktifkan alat pendingin hawa di biliknya. Biasanya pada waktu ini, Zahra sering kali berjumpa dengannya untuk bertanyakan soalan mengenai hal-hal agama.
Telefonnya berbunyi.
Klik. Butang hijau ditekan.

“ Assalamualaikum Hakimi,” Puan Maria menelefonnya.

“ Waalaikumsalam makcik ada apa?”

“ Begini Hakimi. Pada malam ini rumah makcik akan mengadakan solat Hajat dan bacaan yasin. Sampai sekarang tiada lagi penderma jantung untuk Zahra.” Puan Maria menangis teresak-esak. Hati Hakimi sayu mendengarnya. Adiknya sudah dua bulan menghilangkan diri. Sehingga kini Daniel tidak menunjukkan tanda yang dia akan pulang. Belum habis perihal Daniel, kini maslah Zahra datang dan memusing tombol hatinya.

“ Insya Allah makcik. Makcik teruskan sahaja berdoa dengan penuh yakin terhadap Allah. Insya Allah yang Maha Esa pasti akan mengkabulkannya.” Salam diberi.
Klik. Butang merah ditekan.

Pada malamnya, Hakimi datang ke rumah Puan Maria. Menurut Puan Maria, keadaan Zahra semakin kritikal. Jantung mekanikal pula tidak dapat bertahan dengan begitu lama.

“ Hakimi Zahra ada banyak cerita mengenai awak. Dia kata awak seorang lelaki yang selalu tolongnya. Kamu banyak membantunya. Ya kan?” Amir mengangguk.

Selesai di rumah Puan Maria, Hakimi pulang ke rumah. Kini dia akan melakukan sekali lagi solat sunat hajat. Agar Allah menabahkan hatinya, membantu Zahra, menemukan adiknya. Baginya Daniel merupakan nyawanya. Kalau Allah memberikannya seribu nyawa, akan dia menggunakan kesemuanya untuk membantu Daniel. Kalau Allah memberikannya seribu tahun untuk terus hidup. Setiap saat akan digunakan untuk mencari adiknya.
Selesai solat kedengaran telefonnya berbunyi. Dia menjawab panggilan tersebut.

“ Apa!!!!”
6

Dalam gelap ada cahaya. Dalam cahaya ada rembulan. Di bawah rembulan Daniel hanya memandang ke hadapan. Dia terpinga-pinga. Kesejukkan mula menggigit tulang-temulangnya. Akhirnya dia sedar dia berada di sebuah padang pasir yang luas. Tekaknya berasa haus. Peluh menitis di dahinya walaupun sekitarnya amat sejuk. Dia berjalan-berjalan mencari air.
Pasrah

“Assalamualaikum Hakimi.” Seorang tua berjubah putih dan berwajah bersih menyapanya dari belakang.

“ Bagaimana keadaan kamu sekarang?”

“ Saya sakit pakcik. Pak cik saya ada di mana sekarang ini?” Tanya Daniel. Kegelisahan mula bersarang dihatinya.

“ Sabar Hakimi. Kamu sekarang berada di alam lain. Kamu tahu, kamu ditembak semasa kamu sedang berjalan di Damsyik.” Daniel tercengang.

“ Kamu mahu ikut aku?” Orang tua itu bertanya kepada Daniel. Daniel masih lagi tercengang. Lalu orang tua itu memegang tangan Daniel dan menariknya terbang. Dia dapat melihat bumi Aqsa, Makkah dan Madinah.

‘ Ya Allah, kau wariskanlah bumi ini kepada hamba-Mu yang sentiasa sujud kepada-Mu. Hamba yang bertaqwa dan beriman dan rindu akan syahid di jalan-Mu.’

Akhirnya mereka mendarat di hadapan pintu yang besar. Ketika dia mendarat mulutnya terkumat-kamit membaca surah Al Isra’. Tiba-tiba pintu terbuka perlahan. Dia dapat melihat di dalamnya terdapat taman-taman yang indah, istana yang besar. Dihiasi dengan pelamin. Dia dapat menghidu bau taman tersebut.

“ Baiklah Daniel, saya masuk dahulu.” Sebelum orang tua itu melangkah Daniel sempat menahan orang tua tersebut.

“ Pak cik, bagaimana saya nak masuk ke dalam sana?”

“ Daniel, tanyalah kepada abangmu. Hendak masuk ke dalam sana memerlukan kuncinya sendiri.”

“ Tetapi pak cik abang saya tidak ada di sini.” Orang tua itu hanya meneruskan perjalanan. Daniel mengejar dan memeluknya dan bersimpuh di kaki orang tua itu. Dia menangis teresak-esak. Orang tua itu menggosok-gosok kepala Daniel dengan penuh rasa kasih sayang. Dengar baik-baik, Nabi telah memberi petunjuk menegenai kunci syurga. Nabi bersabda
Barangsiapa berwuduk dengan sempurna dan mengucapkan Aku bersaksi tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah, maka akan dibuka pintu syurga, dan dia boleh masuk ke dalamya melalui pintu mana yang dia suka.
Orang tua itu hilang dan Daniel membuka matanya. Dia dapat melihat abangnya sedang memegang erat tangannya. Hakimi bertahmid tidak henti-henti. Setelah dua bulan berpisah, dengan kuasa Allah kedua-dua saudara tersebut bertemu pada hari jumaat. Penghulu segala hari.

“ Abang Hakimi. Adik berasa sedih. Adik dapat bau syurga. Tetapi adik tak boleh masuk.”

Hakimi terkejut. Dari mana Daniel dapat kekuatan untuk meluahkannya. Lalu adiknya menceritakan semua mimpinya.

“ Adik jangan cakap begitu. Abang akan cuba selamatkan adik. Adik nak kan bertemu dengan jodoh adik. Adik mahu percintaan adik dengan isteri adik bagaikan Al Aqsa dan Baitulmuqaddis. Cinta yang diberkati dan diredai.”

Daniel menggeleng lemah.

“ Abang boleh bantu Daniel tak? Tolong bantu adik ambil wuduk. Adik rindu saat kita berjemaah dulu. Adik rindu nak jadi makmum di belakang abang lagi.” Air matanya mengalir perlahan. Dengan sekuat tenaga dia membantu adiknya mengambil air wuduk. Memandangkan waktu isyak sudah masuk. Hakimi menjadi imam kepada Daniel. Selesai solat dia memberi salam. Dia memandang Daniel yang masih lagi sujud.

Dia memeriksa nafas Daniel. Tiada. Nadinya tidak lagi berdenyut. Dan tidak kedengaran lagi jantungnya berdegup. Hakimi tak kuasa lagi menahan air mata. Air matanya mengalir deras. Daniel menghadap Allah ketika dia sedang sujud. Air mukanya bersih bak diselimuti cahaya. Kata-katanya bersama Daniel masih lagi terngiang di telinganya.

“Abang Hakimi percaya pada cinta?”

“Abang percaya pada cinta Daniel. Cinta itu luas. Cinta kepada Allah, cinta kepada Rasul, malah jika kita sayang kepada sesuatu benda seperti kitab sekalipun, itu sudah dikira cinta.”

“ Bagi abang, Al Aqsa dan Baitulmuqaddis, itu cinta? Kalau bercinta di syurga seronokkan bang? Kita akan mengharungi setiap musim di syurga bersama isteri kita. Insya Allah adik akan tunggu abang di dalam syurga. Menjemput abang di gerbangnya.”

**************************

“ Qabiltu nikahaha wa tazwijaha linafsi bi mahril madzkur haalan, ala manhaji kitabillah wa sunnati Rasullullah!” Dengan sekali lafaz sahaja Zahra sudah sah menjadi Isteri Hakimi. Zahra selamat melalui pembedahan. Jantung Daniel didremakan kepada Zahra kerana mereka mempunyai darah yang sama. Barakallahu lakuma wa baraka alaikuma wa jamaa bainakuma fi khair.

“ Hakimi, kau pemuda yang terbaik yang pernah aku jumpa. Kaulah suamiku. Kaulah cinta pertama dan terakhirku. Suamiku mahukah kau mendengar satu puisi dariku.”

“ Silakan sayang.” Hakimi memberi kebenaran.

“ Dengar baik-baik ya bang. Jangan ada satu huruf pun tertinggal.”
Biarkan salam ku terus dibawa angin. Biarkan tanah hatiku terus berkocak, menadah air hujan kegemilangan. Biarkan bunga kegemilangan terus menabrak di taman sakinah ku. Mengharapkan sebutir keimanan melalui sungai hatiku. Deras mengalir dan akhirnya akan terjunam di air terjun ketakwaan. Tasik kekayaan dan delta kesombongan telah lama ku keringkan dengan pijar mentari kezuhudan yang setia memancar mengeringkan air kemaksiatan.Di kala malam pula bulan terang dengan memancarkan cahaya kesucian. Cahaya itu aku berharap akan terus menyinari taman hatiku menutupi setiap inci kegelapan tamannya. Segugus bintang yang setia memagari bulan itu.DI kala musim soifi yang terik, pijarnya amat terik. Membakar segala dosa kemaksiatan yang melata di taman itu. Di kala musim syita, salji sakinah turun membawa kedamaian di taman itu. Di kala musim rabie pula, bunga-bunga zikir terus mekar mewangi, mengalunkan zikir memujiNya. Di kala musim kharif, daun-daun hitam ketamakan gugur, lalu mentari kezuhudan memancar menukarnya dengan warna keemasan.Itulah taman hatiku. Aku mahu bunganya terus mekar dan basah disirami zikir. Hatiku tidak perlu berpagar, biarlah suamiku mengunjunginya. Menambahkan lagi sakinahnya. Yang pasti dia menunggu seorang raja yang akan bermain di taman itu dan akan membantu ratunya, mengimarahkan lagi taman itu dengan layaran bahtera menuju syurga firdausi kelak.

Air mata Zahra berlinangan. Hakimi mengamati mata Zahra sambil memuji keagungan Allah. Secara perlahan Zahra membuka purdahnya . Ada hawa sejuk mengalir dari atas masuk ke ubun-ubun kepalanya dan melingkar ke seluruh sarafnya. Wajah Zahra perlahan terbuka. Dan wajah putih berseri tunduk dihadapannya

“ Yang ada di depanku ini seorang bidadari atau manusia biasa. Maha suci Allah yang menciptakan wajah seindah itu. Jika semua pelukis yang ada di atas muka bumi ini bersatu, mereka tidak akan dapat melukis imaginasi seindah wajah Zahra. Wajah Zahra merupakan karya agung ciptaan Allah.” Detik hatinya.

Mereka melagukan melodi cinta paling indah dalam sejarah manusia. Dengan mengharap pahala berjuang di jalan Allah, dan mengharap lahirnya generasi pilihan yang bertasbih dan mengagungkan nama Allah.

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? Seakan bidadari itu seperti permata yajut dan marjan. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang ingin kamu dustakan? Tidak ada balasan kebaikan kecuali kebaikan pula. Surah Ar-Rahman.

Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami, isteri kami dan zuriat kamisebagai penyejuk hati kami. Dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa. Surah Al-Furqan.

Hakimi menggenggam erat tangan Zahra. Mereka meredah padang pasir bersama dan melayarkan bahtera pernikahan mereka menuju syurga di atas lautan ketakwaan. Musim bunga telah pergi. Musim panas mengikuti. Musim luruh mengorak langkah pergi. Kini musim sejuk sedang menuju ke puncaknya. Oh apakah Daniel di syurga sana sedang bermain-main dengan bidadari berada pada musim panas, sejuk, luruh atau musim bunga selama-lamanya. Atau musim di syurga tidak seperti musim-musim yang ada di dunia. Oh. Musim di syurga hanya Allah sahaja yang tahu.

“ Allahumma inna nasaluka ridhaaka wal jannah. Ya Allah kami hanya mengharapkan keredaan dan syurga-Mu.” Hakimi menjawab puisi Zahra dengan doa.






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...