Makrifat Rindu

Bingit kenderaan memang tidak pernah sepi untuk melungsur di dada Kuantan. Waktu petang sebegini menyaksikan kepulan-kepulan asap berasmilasi dengan debu dan pasir yang datang dari persisiran pantainya. Di kala suasana yang seperti itu, selawat dialun semaksimum yang mungkin, moga-moga syafaatnya dapat mendinginkan hati.

Tatkala mentari bersujud di ufuk barat, warna langit bertukar menjadi jingga dan menutup langait kirmizi. Ketika itulah berduyun-duyun umat manusia, bersiap sedia ke rumah Allah bagi mendirikan solat maghrib. Azan berkumandang di serata ceruk bumi, laungan kudus menyusup ke dalam telinga. Kala malam hadir, mentari yang berselimut di bungkus zulmat dan bintang-bintang menyerlahkan sinarnya yang taram-temaram. Langit nebula bercorak menawan di antara gemerlapan bintang dan warna hitam kebiruan.

Di bawah langit malam itu, seorang muslimah hanya duduk berteleku di beranda rumah sambil menatap langit nebula di atasnya. Perlahan, dia menarik segala bintang yang berada di atasnya ke arah sebuah bulan yang terang menyinarinya. Dia tersenyum, seketika kemudian, hatinya menjadi sayu dek memori pagi tadi menerjah ruang pemikirannya.

“ Laporan disiplin para pelajar tak dibawa?” Afiqah diam. Tidak berani untuk berkata apa-apa terhadap ketuanya itu. Wajahnya hanya dihalakan ke lantai. Sambil menunggu tengkingan dari ketua pengawas tersebut.

“ Jawab Afiqah!” Nazri meninggikan suaranya lagi sambil menghempas segala buku yang ada di tangannya ke atas meja. Wajah setiausahanya yang polos itu kian basah. Manik-manik jernih meluncur laju di atas pipi yang kemerahan itu. Suasana di bilik pengawas hening sebentar. Siapa yang tidak kenal dengan ketegasan Nazri Fiqh. Ramai orang beranggapan bahawa dia mewarisi sikap panas baran ayahnya.

“ Maafkan saya Nazri. Saya berjanji tidak buat lagi. Lagipun petang ini, saya hanya berjalan kaki ke sekolah. Sebab itu saya lambat sedikit dan lupa untuk membawa laporan disiplin.” Nazri hanya memandang ke arah Afiqah. Sepeti mahu diterkam sahaja Afiqah yang berdiri di sebelahnya.

“ Saya tak fikir soal itu. Itu masalah awak. Awak tahu apa hukumannya?” Afiqah hanya menggeleng.

“ Hukumannya awak dipecat sebagai setiausaha Badan Pengawas Sekolah. Sila serahkan semua fail kepada Mardhiah. Namun anda masih kekal sebagai Exco Disiplin.” Beberapa pengawas yang lain agak terkesima dengan keputusan tersebut. Bagi mereka itu hanyalah masalah kecil yang boleh diselesaikan dengan berhemah. Afiqah pula akur dengan hukuman tersebut. Dia terus keluar tanpa jihat yang pasti. Dia tahu bahawa di setiap dugaan yang menimpa dirinya merupakan satu ujian daripad Allah. Tanpa berpayung dia pulang ke rumah dengan gerimis petang mengiringinya. Gerimis tersebut seakan turut bersimpati dengan nasib yang menimpa dirinya.

Tiba-tiba dia teringat akan ayat terakhir surah Al-Baqarah. Terasa ada sesuatu yang menusuk kalbunya.

“ Allah tidak akan memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan apa yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.”

Mahfumnya, Allah akan menguji seseorang itu berdasarkan kemampuannya, berdasarkan tahap keimanannya. Para nabi dan rasul pastinya lebih teruji malah tidak terkecuali orang awam. Jika imannya tinggi, maka lebih tinggilah tahap ujian yang akan diterima. Begitulah jika sebaliknya.

‘ Bukankah ujian Allah juga menguji hambanya untuk menaikkan martabat hamba yang diujinya.’ Getus hatinya. Seakan satu motivasi mula bersarang di hatinya.

Azan kedengaran sayup-sayup di telinga Pak Rahman. Seketika kemudian air mata mula meluncur. Segala memori hitamnya cuba ditepis. Dia cuba menyusun setiap kaca-kaca yang pecah di hatinya. Dan satu wajah muncul di atas kaca itu.

Maria Binti Rahmat.

Peristiwa yang berlaku 15 tahun lalu masih lagi terpateri kuat di otaknya. Semakin cuba dilupakan, semakin kuat pula ingatannya.

‘ Maria, maafkan aku. Apa yang ingin beritahu kepada Nazri. Anak kita. Adakah aku hanya perlu memberitahu bahawa ibunya sudah meninggal dunia? Atau aku memberitahu perkara yang sebenarnya. Bahawa aku menghalau kau atas tindakan nafsu ku sendiri? Maria, Nazri Muhamad Fiqh sudah besar. Dia semakin matang sekarang. Maria, kau di mana?’

“ Pak, jom kita pergi surau.” Nazri yang kemas berbaju melayu menyauk selipar dan menegur ayahnya. Dengan wajah ceria terpancar di wajah Nazri. Semakin ceria pula ayahnya. Mereka berjalan kaki ke arah surau berhampiran yang hanya terletak 400 meter dari rumahnya. Bayu darat semakin mencengkam tubuhnya. Mereka meninggalkan surau dan melalui jalan pantai ke surau.

“ Kenapa pak sedih? Ada air mata di pipi pak.” Kagum melihat anaknya yang mampu meneka perasaannya walaupun dalam keadaan gelap seperti itu. Dia sedar, Nazri banyak mewarisi sifatnya. Wajahnya, panas barannya sehinggakan sering membuat keputusan sendiri. Namun matanya mengikut mata ibunya. Bewarna coklat.

“ Bapak teringatkan mak kau. Hari ini hari jadinya.” Selamba wajahnya. Sudah 15 tahun dia merahsiakan hal yang sebenar daripada Nazri. Dia takut Nazri akan marah kepadanya. Dan dia yakin bahawa suatu hari nanti segalanya akan diberitahu kepada Nazri.

“ Sabarlah bapak. Lagipun bapak sendiri yang cerita yang umi mati kemalangan.”

“ Pak, tadi saya pecat setiausaha Badan Pengawas.” Nazri memberitahu ayahnya.

“ Pecat? Mengapa? Adakah dia melanggar disiplin sekolah?” Ayahnya membalas. Diselang pula dengan batuknya yang semakin menjadi-jadi. Sudah dua tahun dia asyik terbatuk. Namun kata doktor. Dia hanya batuk biasa sahaja.

“ Entahlah pak. Kesalahan dia kecil sahaja. Tapi saya pecat dia juga. Tapi fikirkan balik rasa menyesal pula. Dia baik ayah.”

‘ Nazri, kau sama macam ayah dulu. Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.’ Getus hatinya. Mereka terus berjalan menuju ke surau sambil ditemani hembusan bayu darat yang sentiasa berbakti kepada persisiran pantai.

Pagi masih lagi muda. Hajat di hati ingin sahaja Afiqah membaca surah Al-Waqiah setiap pagi sebagai pembuka rezeki. Seusai membaca Al-Quran, dia menerukan pula dengan bacaan ma’thurat. Memang itu merupakan rutin hariannya. Hari ini merupakan hari sabtu. Kelas tuisyen akan diadakan di sekolah pada pukul sembilan pagi. Masih sempat lagi bagi dia untuk menyediakan sarapan buat uminya. Seusai, menyediakan sarapan, dia membuka buku La Tahzan dan membaca sehingga bab ke 25. Buku tersebut merupakan hadiah daripada uminya sewaktu hari jadinya dahulu.

Dia mengerling ke arah jam. 8 : 15 pagi. Dia segera bersiap untuk pergi ke sekolah. Dia tidak perlu gusar, makanan sudah disiapkan.

“ Umi, Afiqah nak pergi sekolah dulu. Nanti mungkin lepas asar baru balik.”

“ Baiklah. Jalan elok-elok. Jangan lupa bila masuk waktu solat terus ke surau sekolah.”

Dia mencium tangan uminya. Lantas dia bergerak menaiki basikal ke sekolah.

Suasana di dalam kelas 5 Sains masih lagi hingar bingar dengan telatah para pelajar. Nazri masih lagi duduk berteleku sambil mengulang kaji pelajaran. SPM tinggal lagi dua bulan sahaja. Semua keringat harus dicurahkan. Selain menjaga statusnya sebagai seorang ketua pengawas dan pelajar cemerlang sekolah, dia juga ingin melihat bapanya gembira ketika dia mengambil keputusan. Dia juga mahu melihat ayahnya sibuk menguruskan pendaftarannya ke mana-mana IPT. Tidak kira dalam negara mahupuin luar.

Dia mengutip segala sampah yang berada di bawah mejanya dan terus ke bakul sampah. Dia mahukan tempat yang bersih. Bukankah kebersihan itu merupakan sebahagian daripada iman. Di ruang koridor kelasnya, dia melihat seorang pembersih sedang sibuk mengutip sampah dari kelas ke kelas. Hatinya menjadi sayu. Namun apakan daya. Setiap rezeki manusia berbeza-beza.

Apabila perempuan tua tersebut sampai di tempatnya, dia segera menolong membuang sampah yang ada di bakul sampah ke dalam plastik yang disediakan oleh makcik tersebut.

“ Terima kasih ya nak.”

“ Sama-sama makcik. Lagipun bukankah tolong –menolong itu amalan yang mulia.” Ternyata di sebalik barannya, masih tersimpan ruang bertolak ansur dan akhlak yang mulia di hatinya. Dia kembali ke meja. Buku Biologi di buka. Dia terus menatap sehingga tiba guru yang mengajarnya.

Afiqah masih lagi berada di mejanya di kelas 3 RK 4 walaupun pelajar yang lain sudah keluar rehat dan menunaikan solat sunat dhuha di Surau An-Nur. Oleh sebab kerja yang menimbun dia keluar agak lewat. Apabila tiba di hadapan bilik mensyuarat, dia telah ditegur oleh Safiyah.

“ Fiqah, kau boleh tolong aku tak?”

“ Tolong apa?”

“ Tolong belikan aku air di kantin. Pelajar lelaki penuh di kantin. Kau tahukan aku ni pemalu sedikit.”

“ Baiklah. Kau nak air apa?”

“ Apa-apa pun boleh. Tapi cepat sikit. Sebab lepas ini aku nak jumpa cikgu sekejap.” Pinta Safiyah.

“ Beres.”

Keadaan di kantin seakan keadaan di pasar. Riuh rendah dengan gelagat para pelajar yang sedang sibuk menempah makanan masing-masing. Dia membeli air anggur dan terus menapak kembali ke hadapan bilik mesuarat.

“ Apa-apa pun boleh. Tapi cepat sikit. Sebab lepas ini aku nak jumpa cikgu sekejap.”

Dia terus berlari anak. Dia tidak mahu terlambat. Nanti apa kata Safiyah. Dia tidak boleh lagi berjalan baagaikan itik pulang petang. Sesampai sahaja di tangga dia terlanggar sesuatu dan menyebabkan air tertumpah separuh. Dia menatap wajah lelaki tersebut.

Nazri. Alamak.

“ Kau tiada mata eh? Habis basah baju aku. Eh, lain kali kalau nak cepat pun. Berjaga-jagalah sedikit.” Tengking Nazri. Pelajar yang berada di sekitar mereka buat-buat tidak perasan akan kejadian tersebut. Mereka tidak mahu masuk campur. Tambahan pula, Nazri yang kadangkala terkenal dengan sikap panas barannya berada di situ.

“ Maafkan saya Nazri.” Suara Afiqah hanya kedengaran antara mereka berdua sahaja.

“ Setiap hari kau minta maaf. Tapi buat juga salah. Eh, aku tahulah kau tahu anak orang kaya. Aku ni anak orang pesara. Hidup aku susah. Melarat. Baju sekolah pun dua helai.” Kata-kata itu bagaikan menghempas tubir sukmanya. Hakikatnya, dia juga orang susah. Ibunya bekerja mengambil upah membuat kuih.

Jeda

Tidak tahan lagi dengan kejadian tersebut, Nazri segera merampas air anggur yang berbaki dan melemparkan air tersebut ke wajah Afiqah. Esakan mula kedengaran. Afiqah berlalu dari situ. Nazri hanya memandang gadis itu berlari dan terus memeluk Safiyah.

Waktu rehat itu juga Nazri diminta ke bilik kaunseling kerana ada hal yang perlu diselesaikan. Sampai sahaja di sana dia melihat beberapa orang guru disiplin termasuk guru pengawas. Hatinya mula diserang perasaan gusar.

‘ Habis aku. Mesti Afiqah yang beritahu hal tersebut.’ Dia serkap jarang kerana dia juga melihat Afiqah dan beberapa orang pengawas berada di situ. Tetapi dengan wajah yang agak tenang. Seperti tiada apa-apa yang berlaku di antara mereka.

“ Nazri, awak tak buat kerja ke?” Cikgu Shafar bertanya kepada Nazri. Kali ini dia pula yang terdiam.

“ Buat.” Jawabnya ringkas.

“ Kalau awak buat kerja. Takkan masih ada lagi pasangan yang tegar bercinta di sekolah ini.” Cikgu Shafar menengking ke arahnya sambil menunjukan kepada dua orang pelajar yang baru sahaja ditangkap di bilik persalinan iaitu Syakira dan Faiz. Muka Nazri kian membara melihat mereka berdua yang langsung tidak menunjukkan wajah kesal di atas kesalahan yang mereka lakukan. Genggaman penumbuk dieratkan. Mahu sahaja dia menghempas apa sahaja yang berada di situ. Apabila ada pelajar yang melakukan kesilapan, dia tahu kredibilitinya sebagai seorang ketua pengawas memang tercabar.

“ Awak tahu siapa yang uruskan hal-hal disiplin?” Cikgu Shafar bertanya lagi. Lantas Mardhiah menyerahkan fail pengawas untuk disemak oleh Nazri. Hanya satu nama sahaja yang tertera di Exco Disiplin.

Afiqah.

Dia menutup fail tersebut. Seketika pandangannya tadi yang ditujukan kepada Syakira dan Faiz, dituju pula tepat ke arah mata Afiqah. Pandangan mereka menyatu dalam satu titik. Pandangan Nazri juga seolah-olah menghantar satu isyarat ke arah Afiqah. Afiqah mula risau. Di genggamnya seerat yang mungkin tangan Safiyah bagi mencari kekuatan.

‘ Afiqah, kau tak buat kerja eh?’ Getus hatinya.

‘ Maafkan aku Nazri.’ Namun ianya hanya tersekat dalam hatinya.

“ Jadi, sekarang awak semua boleh keluar.” Semua pengawas keluar dari bilik kaunseling dan bergerak ke arah destinasi masing-masing.

Belum sempat dia memakai kasut, dia terus ditegur oleh Encik Yazid, guru penolong kanan Hal Ehwal Murid.

“ Nazri, lekas cepat. Saya baru dapat panggilan. Ayah awak dikejar ke hospital dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi.”

“ Apa?”

Perjalanan dari sekolah ke hospital mengambil masa selama setengah jam. Dia terus turun dari kereta dan berlari ke kaunter. Belum sempat dia bergerak ke kaunter, dia terus ditahan oleh seorang doktor.

“ Awak anak Encik Rahman?” Doktor tersebut bertanya. Nazri hanya mengangguk sambil mengharap ada perkhabaran yang baik daripada doktor tersebut. Dia terus dibawa ke pejabat doktor yang merawat ayahnya.

Apabila dia sampai dia terus diberitahu secara panjang lebar mengenai kondisi ayahnya. Nazri semakin tidak faham dengan segala data dan maklumat yang berada di hadapannya.

“ Doktor. Saya tak faham apa yang doktor cakapkan. Cuba beritahu saya secara terus.” Pintanya. Doktor tersebut melabuhkan punggungnya di atas kerusinya. Kaca matanya dibuka dan menarik nafas sedalam yang mungkin.

“ Ayah awak menghidapi barah paru-paru. Dan keadaan barah itu sudah diperingkat akhir.” Terlompong mulutnya mendengar. Hatinya semakin berat.

“ Ada peluang untuk dirawat?”

“ Peluangnya untuk terus hidup hanya tinggal satu peratus.” Nazri termenung sebentar. Membesar tanpa kasih sayang seorang ibu dan kini bapanya pula bertarung antara hidup dan mati. Semakin banyak pula ujian yang menimpa dirinya.

Tabahlah hati, tabah.

Dia dibawa ke bilik ayahnya. Perlahan-lahan ayahnya membuka mata dan tersenyum lemah melihat anaknya berada di sisinya.

“ Nazri, ada benda yang bapak mahu beritahu kepada Nazri.”

“ Apa dia pak?”

“ Sebelum itu bapak nak minta maaf kalau selama ini bapak berbohong kepada kamu. Ibu kamu bukan meninggal dunia akibat kemalangan.” Nafasnya tersangkut-sangkut. Nazri tekun mendengar.

“ Ibu kamu bapak halau dia keluar dari rumah ketika kamu masih kecil. Ketika itu juga ibumu sedang sarat mengandungkan adikmu.” Nazri semakin tidak percaya apa yang didengarinya.

“ Sekarang bapak yakin, ibu kamu masih lagi hidup. Tolong cari dia dan bapak ingin minta maaf daripadanya. Tolong ayah ya. Ibu kamu mempunyai tahi lalat di bawah bibirnya. Dan matanya seperti mata mu bewarna coklat. Tolong ayah ya.”

‘ Bukankah makcik yang dibantunya tadi bertahi lalat di bawah bibir, dan bermata coklat.’ Perlahan-lahan Pak Rahman menutup matanya. Nazri terperangah. Dia melihat suatu garis panjang pada skrin komputer.

Bapak!!!!!

Ombak menggulung tinggi dan memutih ketika menghempas persisiran pantai. Pada waktu petang sebegini, Nazri kian gemar menghabiskan masa dengan memandang laut sambil membiarkan angin laut membelah mukanya. Kini dia harus menduduki SPM tanpa bapanya. Allah mendatangkan satu ujian yang berat kepadanya. Tiba-tiba satu ayat terlintas di hatinya.

“ Allah tidak akan memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan apa yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.”


‘ Peluang yang ada ini harus ku guna sebaik mungkin. Bapa ku pergi. Ibu masih ku tercari-cari. Sekiranya aku hanya bermain ilusi adakah aku dapat menempuh setiap cabaran di masa depan. Ya. Aku perlu keluar dan tidak boleh karam dalam fantasi ini lagi.’ Hatinya cuba dipujuk lembut.

“ Assalamualaikum Nazri.” Satu suara datang dari arah belakangnya. Kelihatan Afiqah berdiri di belakang batu besar yang dia duduk.”

“ Waalaikumsalam. Awak rupanya. Awak nak buat apa datang sini? Saya nak tanya sesuatu boleh tak?” Ujar Nazri.

“ Boleh tanyalah. InsyaAllah saya akan jawab dengan jujur.” Afiqah membalas sambil tersenyum. Wajahnya ceria betul-betul menggembirakan hati Nazri.

“ Seronok tak kalau kita ada ibu?”

“ Mestilah seronok. Nazri, saya faham perasaan awak. Tetapi kalau boleh tunggulah. SPM tak lama lagi sahaja ini. Saya pula PMR dua minggu sahaja lagi. Pastinya bapa awak nak yang terbaik daripada awak. Walaupun dia dah tiada, tapi saya yakin dia masih lagi ada di hati awak.” Ujar Afiqah sambil duduk di atas pasir.

“ Afiqah, nak tahu sesuatu tak? Cuba celupkan satu jari awak ke dalam air laut itu.” Afiqah patuh. Kalau tidak buat, mungkin dia akan mati lemas di dalam laut itu dikerjakan Nazri. Dia segera mencelupkan jarinya.

“ Tak ada apa-apa benda pun yang berlaku.” Afiqah bertanya. Nazri hanya ketawa kecil.

“ Afiqah, awak boleh bilang berapa titik air yang jatuh dari jari awak setelah awak mencelup ke dalam air laut ini?” Nazri bertanya.

“ Setitis je. Kenapa ? Ada apa-apa ke?” Balas Afiqah sambil menunjukkan wajah yang mula bingung dengan situasi ini.

“ Ayah saya pernah berkata. Sehebat mana kita, tetapi ilmu kita hanya bagaikan air setitis yang tumpah dari jari kita berbanding dengan ilmu Allah yang bagaikan lautan luas yang berada di bumi ini.” Nazri menerangkan kepada Afiqah. Afiqah tekun mendengarnya sambil mengangguk tanda faham apa yang disampaikan oleh Nazri. Hubungan bertambah akrab.

“ Oh. Saya nak tanya pula boleh?”

“ Tanya je. Tak perlu takut untuk bertanya.”

“ Saya nak tahu pendapat awak sahaja. Lagipun ini untuk tahun depan juga. Saya masih bingung dengan jurusan yang akan saya ambil bagi tahun depan. Awak kan tingkatan lima. Mungkin dah berpengalaman. Ada orang kata jurusan biologi susah? Tapi saya tengok awak macam biasa sahaja. Setiap peperiksaan dapat A tambah. Cuba komen sikit.”

Nazri tersenyum dengan soalan itu. Baginya tidak ada masalah untuk dia berkongsi pendapat. Ayahnya juga pernah berpesan kepadanya supaya tidak sombong dalam memberi pendapat dan berkongsi ilmu. Kerana ilmu yang dikongsi itu tidak akan pernah habis, malah akan bertambah apabila dikongsi bersama.

“ Jurusan Biologi ini sebenarnya tidak susah. Sekiranya kita ada minat ke arah itu. Saya memang sudah jatuh cinta dengan mata pelajaran ini sejak dari dulu lagi. Awak tahu kenapa saya berkata begitu?”

Geleng

“ Sebab dengan biologi saya dapat mengenal Allah. Dengan biologi juga kita akan menginsafi bahawa kita ini hanyalah insan yang lemah. Dengan Biologi juga kita dapat mengenal diri kita. Kita juga dapat mengenal kebesaran Allah dan nikmat yang Allah beri kepada kita. Makan, tidur, kita bernafas. Bukankah itu merupakan nikmat yang Allah kurniakan kepada kita.”

“ Maha Suci Allah.”Kedengaran pula suara Afiqah.

“ Kadangkala kita sentiasa lupa. Kita minta macam-macam dengan Allah. Cuba kita renungkan, darah yang mengalir dalam urat kita, jantung yang tidak pernah kenal erti penat, akal fikiran, perasaan kita seperti marah, sedih, cinta dan sakit. Sehinggakan sekecil-kecil sel dalam badan, tenaga yang ada dalam diri kita iaitu atom. Bukankah itu nikmat Allah yang cukup berkait dengan mata pelajaran biologi. Pernahkah kita menginsafinya? Pernahkah kita mengucapkan segala puji bagi Allah?” Ketika itu mengalir air mata Nazri disebabkan rasa insafnya. Afiqah hanya terdiam. Mungkin dia juga berfikiran begitu.

“ Dan perkara-perkara ini semua, mengukuhkan lagi bukti bahawa Allah itu Al-Hakim. Ertinya Yang Maha Bijaksana.” Sambung Nazri lagi. Dia mengeluarkan tisu daan terus menghapuskan air matanya.

“ Maha Suci Allah. Erm.. Nazri. Dah lewat sekarang ini. Saya kena balik dulu. Nanti takut mak saya risau. Terima kasih kerana telah membuka minda saya. Sebenarnya biologi bukanlah benda yang sukar. Bila-bila kita berbual lagi ya.” Afiqah mengatur langkah. Nazri memandang Afiqah sehingga Afiqah hilang dari pandangannya.

Suasana dewan peperiksaan PMR sudah riuh dengan laungan ‘merdeka’ oleh para pelajar PMR tahun ini. Masing-masing menunjukkan wajah yang ceria. Cikgu-cikgu semua menyuruh mereka semua melakukan sujud syukur kerana telah berjaya menempuh peperiksaan Penilaian Menengah Rendah. Pengetua juga menegaskan agar selalu menunaikan solat hajat agar diberi keputusan yang cemerlang.

Dari tadi, kelibat Afiqah tidak muncul. Nazri mula risau akan hal tersebut. Lantas dia bertanya kepada beberapa teman Afiqah. Berita yang diterima agak mengejutkan. Afiqah telah pergi ke hospital sejurus selepas tamat kertas soalan terakhir. Katanya ibu Afiqah dimasukkan ke wad akibat semput yang semakin menjadi-jadi.

Sepantas kilat dia menaiki motor dan terus meluncur laju ke arah hospital. Sampai di hospital, dia terus bergerak ke kaunter pertanyaan. Namun malang lagi, Afiqah tidak pernah memberitahu nama ibunya. Mujurlah pada ketika itu dia terlihat akan Afiqah yang sedang sibuk membeli nasi di kafe hospital. Dia bergerak ke arah Afiqah.

“ Afiqah bagaimana dengan ibu awak?”

“ Dia tiada apa-apa. Cuma semput biasa sahaja.”

“ Alhamdulillah. Boleh kita tengok dia sekarang.”

“ Boleh. Jom saya bawa awak ke wadnya.”

Nazri berbual mesra dengan ibu Afiqah. Manakala Afiqah pula hanya sibuk menguruskan makanan dan menyuapkan makanan ke mulut ibunya. Sekali lagi hati Nazri menjadi sayu tatkala melihat Afiqah sendiri yang menyuapkan makanan ke dalam mulut ibunya.

Alangkah bahagia jika ada ibu.

Selepas dua jam, Ibu Afiqah sudah terlena dek kepenatan. Afiqah juga meminta izin dari Nazri untuk tidur sebentar. Tidak lebih dari lima belas minit pintanya. Apabila Afiqah sudah tidur, ditenungnya wajah Afiqah dan ibu Afiqah. Serasa ada satu ketenangan di hatinya.

Dia mula menyimpan tekad. Apabila dia sudah bekerja nanti, sudah mempunyai kewangan yang tetap dia akan mengambil Afiqah sebagai isterinya. Dia akan memantapkan ilmunya untuk memastikan dia mampu untuk menjadi suami yang sempurna buat Afiqah. Akhirnya dia terus karam dalam ilusi yang diciptanya sendiri.

Dia terpandang satu sampul surat yang agak kusam berada kemas dalam pelukan ibu Afiqah. Dia membuka surat tersebut dan membacanya.

Assalamualaikum Isteriku
Sayang, masih ingat lagikah sebuah puisi yangkita reka dahulu.
Setelah kasih ku diterima,
Setelah cinta ku dibalas,
Ingin sekali ku terima akad mu dengan basmalah
Ingin sekali ku terima cinta dengan hamdalah
Ingin sekali ku tatang cintamu dalam bekas akidah
Sayang
Izinkan aku untuk bersimpuh di atas sejadahmu
Yang sebelum ini menjadi rahsia dirimu seorang
Selamat Hari Ulang Tahun Perkahwinan kita yang pertama, 1991

Ikhlas: Rahman Bin Najmuddin
Kepada : Isteri tercinta, Maria Binti Rahmat

Tangannya bergetar ketika membaca surat tersebut. Seakan surat itu sudah menjawab segala pertanyaannya selama ini. Dia menatap seketika wajah Ibu Afiqah. Ya. Bertahi lalat di bawah bibir dan ibu Afiqah juga mempunyai mata bewarna coklat. Adakah Ibu Afiqah juga merupakan ibunya.

“ Ibu kamu bapak halau dia keluar dari rumah ketika kamu masih kecil. Ketika itu juga ibumu sedang sarat mengandungkan adikmu. Ketika itu kamu masih kecil.”

‘ Adakah Afiqah juga merupakan adikku.’

Dia terpandang ke arah kad pesakit yang berada di atas meja. Sah. Namanya Maria Binti Rahmat. Hatinya menjadi sayu. Afiqah juga pernah menceritakan bahawa ibunya dihalau keluar dari rumah saat ibunya mengandungkannya 15 tahun yang lalu.

‘Ya Allah betapa besarnya nikmat yang kau beri. Kau berikan aku kesihatan yang baik, kau kurniakan aku akal yang sempurna. Dan pada hari ini kau pertemukan aku kembali dengan keluargaku. Ibuku Maria dan adikku Afiqah. Ya Allah betapa besarnya nikmat-Mu. Aku berjanji untuk menjadi anak yang baik. Buat Afiqah, aku berjanji untuk menjadi abang yang baik. Walaupun kita adalah muhrim. Tetapi setidak-tidaknya abang akan menjadi wali kepada Afiqah.’

Azan Maghrib kedengaran berkumandang .Badai mula bertiup masuk ke kamar. Kaca jendela mengembun. Ketika itu Afiqah tersedar daripada tidurnya dan bertanya sambil mengesat kedua matanya.

“ Kenapa awak menangis?”

TAMAT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...