Saf Mujahid

Suasana subuh di Tebing Barat cukup hening dengan kicauan burung-burung yang berterbangan di udara. Kepulan kabus berasmilasi dengan hawa sejuk yang betul-betul mencengkam tubuh. Embun-embun mula meluncur laju di dedaun yang segar menghijau. Ahmad Durrah dan Jefri dalam perjalanan ke Masjid Al-Aqsa bagi menunaikan solat subuh secara berjemaah. Ramai para jemaah berpusu-pusu masuk ke Masjid. Namun merah muka Jefri tatkala melihat jemaah yang ingin memasuki masjid dikawal oleh tentera Israel.

Para jemaah sungguh hairan mengapa hari ini tentera Israel sungguh ramai yang mengawal. Biasanya tidak sebegini ramai. Salahkah kami ingin bersolat subuh secara berjemaah. Selesai solat subuh, kebanyakkan para jemaah masih lagi tidak mahu berganjak keluar dari Masjidil Aqsa. Apabila sudah keluar belum tentu lagi mereka akan masuk ke dalamnya semula. Begitulah keadaannya selagi mereka dikawal oleh Israel.

“Jefri, boleh aku tanya sesuatu kepadamu?” Ahmad Durrah bertanya kepada Jefri setelah melihat temannya menghabiskan bacaan Al-Quran. Kebanyakkan para jemaah yang lain akan menghabiskan waktu mereka dengan membaca Al-Quran. Ada yang akan membuat tazkirah bagi menaikkan semangat pemuda Palestin bagi menentang penjajahan negara Israel.

“ Apa dia Ahmad Durrah?” Balasnya ringkas sambil tersenyum.

“ Mengapa ada banyak kesan retakan di masjid yang mulia ini? Sedangkan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi begitu tersergam indah. Apa pihak PLO tidak menjaga masjid ini?” Ahmad Durrah bertanya sambil memandang kesan keretakkan di tiang-tiang masjidil Aqsa.

“ Bukan kerana PLO tidak menjaga masjid ini. Tetapi tahukah kamu bahawa pihak Israel sedang berusaha untuk merobohkan masjid ini? Dan di atas runtuhan ini pula akan dibangunkan Haykal Sulaiman.”

“ Robohkan? Haykal Sulaiman? Bagaimana dia mahu merobohkan masjid ini? Dimana jentolak dan trektor yang digunakan untuk merobohkannya?” Ahmad Durrah bertanya dengan wajah kehairanan terpancar dari mukanya.

“ Memang dia tidak akan merobohkan masjid ini secara terus. Dia akan menggali terowong di bawah masjid ini. Dan hasilnya, setiap struktur utama masjid ini akan lemah dan mengalami keretakan. Apabila banyak keretakan dan struktur masjid ini menjadi lemah, barulah masjid ini akan roboh. Dan kemudian mereka akan membina kuil mereka di atas runtuhan Al-Aqsa ini.”

“ Sebanarnya Haykal Sulaiman itu, bukanlah untuk kuil mereka. Tetapi untuk ketua mereka iaitu Dajal. Mereka semua sudah tahu bahawa kita semua berada di akhir zaman dan Dajjal akan keluar pada bila-bila masa di akhir zaman ini. Sebab itulah mereka akan membina Haykal Sulaiman ini untuk ketua mereka untuk mereka memerintah dunia suatu hari nanti.” Sambungnya lagi.

“ Dan, apakah kamu tahu siapa yang akan menjaga Haykal Sulaiman ini nanti?” Ahmad Durrah menggeleng sambil mengharapkan jawapan daripada Jefri.

“ Pangkalan Amerika, British dan Nato yang dibina di serata tanah arab ini. Secara zahirnya mereka membina pangkalan itu adalah untuk menjaga kestabilan dan mengelakkan berlakunya peperangan di kawasan tanah arab ini. Namun secara batinnya mereka membina adalah untuk manjaga Haykal Sulaiman ini.”

Ahmad Durrah kini mengerti. Jefri juga menceritakan mengapa bangsa arab sering dipandang serong. Bangsa Arab sering dipandang serong adalah kerana untuk memudahkan tugas Amerika dan Israel menakluki negara-negara arab di bawah rancangan The Greater Israel yang bermula dari Sungai Nil di Mesir hingga menjangkau Sungai Furat di Iraq.

Menurutnya lagi media terutama sekali filem-filen yang berpangkalan di Hollywood memainkan peranan penting dalam menyebarkan dakyah mereka. Ada kajian yang dijalankan menunjukkan 2000 filem yang dikeluarkan oleh Hollywood semuanya mengutuk dan menggambarkan bangsa Arab merupakan bangsa yang suka berperang. Jadi apabila filem tersebut ditonton oleh semua masyarakat dunia, dunia akan membenci bangsa arab dan memberikan galakan kepada Amerika, Israel dan sekutunya untuk menakluki bangsa Arab.

“ Ahmad Durrah, jom kita pulang dahulu. InsyaAllah waktu zuhur kita akan kembali ke sini.” Jefri memberi pendapat. Ahmad Durrah bersetuju. Mereka berjabat tangan dan menghalakan diri mereka ke arah jihat yang mereka tuju. Di sepanjang perjalanan, fikiran Ahmad Durrah hanya berpaksi kepada apa yang diucapkan oleh Jefri tadi. Pelbagai persoalan timbul di benak fikirannya. Apa yang penting lepas sarapan dia akan bertemu bersama temannya untuk bermain bola sepak dan akan kembali ke Masjid Al-Aqsa waktu Zuhur nanti.

Jefri sampai di rumahnya dan dia disambut oleh kakaknya Maria dan sahabat kakaknya dari Malaysia Wardah. Mereka bertiga terus duduk di meja makan dan bersiap sedia untuk bersarapan. Jefri dan Maria hanya tinggal berdua. Kedua-dua ibu bapa mereka sudah syahid semasa intifadah kedua. Semasa itu mereka masih lagi kecil dan kemudian mereka diserahkan kepada seorang ulama di Tebing Barat.

“ Jefri, tadi cikgu adik datang ke rumah. Dia cuba beritahu kakak yang dia akan buat kelas di rumahnya.”

“ Kenapa tidak buat di sekolah sahaja kak?” Jefri bertanya dengan tenang.

“ Laluan ke sekolah untuk hari ini ditutup. Sudah penuh rejim zionis di jalan tersebut. Siap bersenjata. Rakyat Palestin yang cuba menerobos akan ditembak. Tadi kawan kakak, Hafsa sudah dibawa oleh rejim tersebut kerana cuba masuk ke kawasan sekolah.” Manik-manik jernih sudah mula meluncur laju di pipi Maria.

“ Itulah sebabnya Maria dan Jefri. Kita kena belajar betul-betul. Sebab di sini susah mendapat peluang untuk belajar. Di negara lain, mereka sudah dapat peluang tapi kebanyakkannya mensia-siakan peluang. Remaja di sini lain. Semangat untuk belajarnya membara. Tapi remaja di tempat saya, mereka hanya menghabiskan masa untuk melepak di kedai-kedai dan membuat perkara yang tak berfaedah.” Wardah menyambung.

Menurutnya lagi, di Malaysia rakyatnya bukan mati kerana tidak cukup makan. Tetapi terlebih makan. Di sini bayi-bayi disaksikan sebagai syahid. Manakala di Malaysia bayi-bayi bersepah dan dibunuh hasil daripada pergaulan bebas mereka yang berzina. Itulah kesannya bila zina menjadi budaya. Perkara seperti ini tidak boleh dibawa main-main. Tambahan pula ia sudah semakin parah dalam masyarakat dan umat Islam khususnya.

Manakala media kini sering menjadi kuda dan boneka kepada mereka yang ingin menghancurkan umat Islam. Pelakon yang bertelanjang diangkat dan disebut-sebut namanya.

Selepas bersarapan Jefri menukar pakaian sukan dan meminta izin daripada kakaknya untuk bermain bola sepak bersama-sama temannya. Selepas kakaknya memberi izin dia mengatur gerak ke sebuah padang pasir yang terletak berhampiran dengan Jericho. Di sini tidak ada padang untuk bermain bola. Prasarana sukan tidak ada. Kebanyakkannya anak-anak muda di sini akan bermain bola di padang pasir, lorong-lorong bangunan mahupun di atas jalan raya.

Walaupun tiada fasiliti sukan disediakan oleh pihak berkuasa Palestin, namun rakyat Palestin telah diiktiraf dunia sebagai rakyat paling sihat di atas muka bumi. Hal ini mungkin disebabkan oleh penduduk di sini tidak makan sebarangan. Hidangan utama di sini adalah roti dan bijirin.

Jefri dan rakan-rakannya berkumpul di sebelah gerai makanan. Mereka tidak berhajat untuk pergi lebih jauh kerana sepanjang laluan ke sana telah dikawal ketat oleh Rejim Zionis. Bukan mereka gentar untuk melawan. Tetapi tidak mahu membuang masa dengan pelbagai kerenah Rejim Israel nanti.

Mereka bermain bola dengan begitu senang hati. Walaupun menggunakan bola yang dibuat sendiri daripada kertas dan kain, mereka hanya berkaki ayam namun semangat mereka lain macam.

“ Haleem, berikan bola tersebut kepada saya!” Teriak Kamal meminta bola. Haleem merembat jauh bola itu. Mereka lihat bola tersebut terbang ke udara dan jatuh di kaki seseorang. Tentera Israel. Mereka berlari ke arah tentera tersebut dan meminta bola tersebut daripadanya. Dengan perasaan angkuh tentera itu berkata dia akan menyerahkan bola tersebut sekiranya salah seorang daripada mereka sanggup membayar 1 Juta USD kepadanya.

“ Ameen, dia tidak bersenjata dan dia pula keseorangan. Ini adalah peluang kita untuk bertindak." Bisik Farhan kepada Ameen. Mereka saling berpandangan seoalh-olah menghantar satu isyarat di antara satu sama lain. Mereka semua mengangguk tanda setuju.

“ Allahu Akbar!!” Ameen menjerit sambil menendang kaki tentera tersebut. Kesemua kanak-kanak yang ada disitu turut membelasah dan memijak askar tersebut. Beberapa orang yang lalu lalang di situ turut menyertai mereka. Kesemua mereka adalah kanak-kanak belasan tahun. Jefri mengambil sebilah pisau dan mengoyakkan mulutnya sambil berkata.

“ Ini adalah balasannya kerana bersikap kurang ajar dengan kami pemuda Palestin.”

Lalu mereka mencocok perut dan mengeluarkan sesuatu organ dari badan askar tersebut iaitu hatinya. Askar tersebut mati dikerjakan oleh pemuda Palestin tersebut.

“ Lihat ini Palestin!!! Hati orang yang selalu menumpahkan darah kita.” Lalu Ahmad Durrah mengambil hati tersebut dan menjolokkan ia ke dalam mulut askar tersebut. Mereka berlalu dari situ.

“ Aku belum puas!!” Getus hati Ahmad Durrah.

Ariel Sharon dan beberapa pegawai kanan Rejim Israel kelihatan sibuk bermesyuarat. Tiba-tiba mereka didatangi oleh Ehud Barak, Menteri Pertahan Israel. Mereka terkejut setelah diberitahu oleh Ehud Barak mengenai seorang askar mereka tumpas di tangan wira-wira Palestin.

Bom!!!

Ariel Sharon menghentak meja dan membalin semua fail yang ada di atas meja tersebut. Semua pegawai kanannya seakan tidak percaya apa yang berlaku. Seorang tentera mereka yang diberi latihan boleh tewas dengan budak-budak.

“ Jadi apa yang kamu ingin cadangkan wahai panglima sekalian?” Ariel Sharon bertanya. Namun tidak ada satu suara pun yang timbul. Masing-masing buntu.

“Bodoh. Bongok. Harapkan jawatan sahaja tinggi. Namun hendak menewaskan budak pun tidak tahu.” Gertak Perdana Menteri Israel tersebut. Tiba-tiba seorang daripada mereka mengangkat tangan. Meir

“ Tuan, apakah tuan tahu di mana budak-budak ini akan berada pada waktu pagi?” Meir bertanya. Ariel Sharon hanya menggeleng.

“ Jawapannya mudah. Mereka akan berada di sekolah. Jadi cadangan saya kita akan serang setiap sekolah yang berada di Jericho. Kerana kejadian tersebut berlaku di Jericho. Mesti budak yang melakukan perkara tersebut berada di Jericho. Jadi kita akan serang menggunakan kereta kebal. ” Sharon mula tersenyum. Seakan sudah mengetahui apa yang akan dilakukannya.

“ Tuan, saya kurang bersetuju dengan cadangan tersebut untuk menyerang dengan menggunakan kereta kebal. Saya lebih suka jika kita menghantar pesawat-pesawat pemusnah yang dilengkapi dengan bom fosforus. Dan lagi satu, buatnya budak yang lakukan perkara ini tidak bersekolah. Sia-sia sahaja peluru kita.” Seorang pegawai memberikan pendapatnya pula.

“ Tidak mengapa. Saya akan memberi arahan supaya kita menghantar sepuluh kereta kebal dan lima pesawat pemusnah untuk melaksanakan misi tersebut. Tidak membazir. Jika kita tidak dapat menghapuskan budak itu pun. Sekurang-kurangnya kita akan menghapuskan separuh daripada penduduk Jericho. Satu akan kita balas dengan seribu.” Tegas Sharon. Semua yang ada mengangguk dan bertepuk.

“ Tuan bila kita akan laksanakan.” Tanya seorang panglima mereka.

“ Esok.”

Jefri dan Ahmad Durrah sedang duduk di bawah pohon palma sambil membilang butiran bintang di langit. Sekali-sekala mereka menghembuskan nafas yang sudah menjadi seakan kepulan asap. Di satu sudut lain, Jefri sedang duduk di atas batu terjal. Memenjarakan emosi yang dalam.

Inilah dunia. Semuanya sudah mempunyai batasan dan ukuran. Tinggi ataupun rendah. Jauh ataupun dekat. Setiap yang bermula pasti akan ada pengakhirannya. Seperti satu penantian, pasti akan ada penyudahnya. Sama juga seperti orang yang mendaki sesuatu, pasti akan ada puncaknya.

Jefri mengelopakkan sekuntum senyuman.

‘ Ya Allah, kau berikanlah aku kekuatan yang infiniti. Kau jauhkanlah diriku daripada impian yang belum pasti akan ku gapai.’

Kelihatan Kamal, Ameen, Jafar dan beberapa orang rakan sedang menghampiri mereka. Pada malam ini seperti biasa, mereka akan menyemaikan benih-benih keislaman dalam diri masing-masing. Selepas solat Isyak di rumah masing-masing, mereka akan berkumpul di sesuatu tempat yang dijanjikan untuk membuat program usrah. Usrah itu bermakna keluarga. Jadi persahabatan mereka sudah mencapai tahap seakan hubungan kekeluargaan. Ada abang dan ada juga yang adik. Seperti kata orang, yang tua dihormati dan yang muda disayangi.

“ Assalamualaikum.” Sapa salah seorang daripada mereka. Mereka semua berjubah dan ada juga yang hanya memakai t-shirt biasa.

“ Waalaikumsalam.” Balas Jefri dan Ahmad Durrah serentak.

“ Masing-masing dah solat Isyak?” Ahmad Durrah bertanya. Masing-masing mengangguk. Namun diantara tidak kelihatan langsung Mustafa. Mengikut sumber yang didapati, pada petang tadi keluarga Mustafa yang datang dari Amman datang menziarahinya. Menurutnya lagi pak cik Mustafa merupakan seorang pensyarah dari University of Yarmouk Jordan. Beliau memang suka untuk mengetahui sosio budaya masyarakat luar dan politik negara yang bergolak. Perkara yang paling disukai ialah mengkaji masalah negara yang sekarang ini ditekan kuat oleh Washington dan Israel.

Iran.

“ Baiklah kalau tiada apa-apa lagi, kita akan memulakan sesi usrah kita ini dengan bacaan Al-Fatihah.” Jefri mengetuainya. Masing-masing tunduk ke bawah.

Selesai membaca Al-Fatihah, salah seorang daripada mereka bertanyakan soalan mengenai budaya kerja umat Islam pada waktu ini. Memandangkan Jefri merupakan orang yang paling tua di kalangan mereka, dia yang perlu menjawab soalan tersebut. Masing-masing tekun mendengar.

“ Begini, kita di sini masing-masing masih bersekolah. Walaupun saya merupakan yang paling tua di sini, InsyaAllah saya akan cuba memberi pandangan saya. Sudah semestinya pandangan saya ini juga kadangkala tidak berasas, namun secara kasarnya, saya dapat merumuskan secara kasar bahawa masyarakat Islam pada masa kini bekerja dengan goyang kaki.” Jefri memberikan respon secara kasar. Perkataan goyang kaki membuatkan semua yang ada berasa janggal.

“ Bolehkah kamu terang dengan lebih spesifik?” Pinta Kamal. Masing-masing menangguk.

“ Maksud goyang kaki di sini ialah mahukan kerja yang mudah dan melepaskan kerja-kerja yang berat. Kebanyakkan mereka memang bekerja, tetapi secara ala kadar sahaja. Namun, soal kualiti mereka abaikan.” Sambung Jefri.

“ Wah. Kamu ini bercakap seakan kamu juga pernah bekerja. Ada bukti yang kukuh bagi pernyataan kamu tadi.” Celah Ameen. Masing-masing tersenyum melihat telatah Ameen yang suka menghidupkan suasana usrah.

“ Sebenarnya..”

“Saya mahu memberikan pendapat.” Salah seorang daripada mereka mengangkat tangan.

“ Saya sememangnya juga tidak mempunyai bukti. Tetapi saya mula terfikir akan kebenaran yang dititi oleh bibir Jefri.” Masing-masing menumpukan perhatian kepada Rahim.

“ Pertama, bagi saya ia melibatkan pengurusan masa. Kebanyakkan orang sekarang ini selalu pergi ke pejabat dengan lambat. Mereka bekerja tidak mengikut waktu yang ditetapkan. Mereka suka datang dengan lewat dan pulang terlalu awal.” Rahim memberi komen.

“ Selain itu mereka juga mengambil kesempatan menggunakan harta syarikat untuk kepentingan peribadi. Bagi saya ini merupakan satu budaya kerja yang negatif. Mereka menggunakan telefon pejabat mereka untuk urusan peribadi. Di samping itu juga solat. Kebanyakkan daripada mereka ini mengabaikan tuntutan solat ketika bekerja.” Rahim berhujah dengan lancar. Masing-masing yang ada sungguh puas. Bagi mereka berkongsi ilmu itu juga merupakan perkara yang indah.

Usrah pada ketika itu memang hangat. Masing-masing ingin memberikan pendapat dan idea masing-masing. Di samping usrah untuk mengeratkan hubungan masing-masing, hal ini juga menunjukkan budaya ilmu yang diterapkan dalam masyarakat di Palestin.

Dari jauh mereka terlihat kelibat Mustafa. Pada malam ini dia lambat disebabkan mendengar tazkirah daripada pak ciknya berkenaan dengan isu-isu dunia. Sebaik tiba, Mustafa disambut. Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, masing-masing ingin mendengar cerita daripadanya. Katanya apa yang didengari daripada pak ciknya merupakan konspirasi tentang perang dunia ketiga.

Menurutnya, perang dunia ketiga merupakan satu peperangan yang telah dirancang sebelum perang dunia pertama berlaku. Kertas biru untuknya telah disiapkan oleh seorang agen yahudi. Israel sudah merancang untuk menyerang Iran pada tahun 2012 untuk memulakan perang dunia ketiga. Namun Israel mempunyai masalah kerana dua daripada lima negara yang menjadi anggota tetap dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu iaitu China dan Russia merupakan penyokong Iran.

Mereka telah merancang provokasi terhadap serangan Russia di Georgia. Akhirnya Russia telah menghantar tenteranya ke Selatan Georgia. Terbaru, dunia digemparkan dengan kapal milik Korea Selatan dikaramkan oleh topedo. Setelah disiasat, mereka menuduh Korea Utara yang melancarkan misil tersebut. Kemudian kedua-dua negara tersebut bergaduh.

Siasatan lanjut membuktikan bahawa topedo yang digunakan merupakan buatan jerman. Namun Topedo Korea Utara bukannya buatan jerman. Namun Topedo yang digunakan oleh Israel merupakan buatan Jerman!!! Persoalannya disini mengapa Israel mahu menenggelamkan kapal Korea Selatan. Hal ini disebabkan kerana Israel mahu mencetuskan pergolakkan kedua-dua negara tersebut. Apabila mereka bergolak, sudah semestinya China akan masuk Campur. Tambahan Pula ada dakwaan yang mengatakan China akan menyerang Taiwan. Akhirnya China Dan Rusia mempunyai misi masing-masing jika Israel berhajat menyerang Iran.

Masing-masing sedang khusyuk dalam program usrah mereka untuk bertukar-tukar pendapat dan berkongsi ilmu. Setelah hampir tiga jam, mereka pulang ke rumah masing-masing. Biasanya mereka akan mengadakan hingga lima jam. Namun disebabkan mereka akan ke sekolah pada hari esok, mereka terpaksa pulang ke rumah awal.

Keheningan Subuh di Tebing Barat sirna tatkala bebola raksasa mula memancar. Setiap inci di Jericho mula terang. Pagi-pagi lagi selepas subuh, para pelajar akan bersiap ke sekolah. Namun Jefri sedikit lambat akibat tertidur sebentar selepas subuh. Selepas bersarapan, dia mencapai beg sekolah dan terus mengatur langkah ke sekolah. Kenangan bersama-sama rakan yang lain semasa berjuang ketika Ariel Sharon dengan biadap memasuki Masjidil Aqsa dengan berkasut. Umat Islam yang ketika itu berada di dalam masjid marah dan bangkit melawan Ariel Sharon dan tenteranya. Dalam kejadian itu abang-abang angkatnya tewas dan disaksikan sebagai syahid.

Perpisahan adalah luka yang mungkin sembuh. Tetapi, sakitnya akan kembali apabila memorinya kembali menerjah ruang ingatan. Luka akan baik. Namun peritnya akan terasa apabila kedukaan kembali. Perlahan-lahan perjalanannya ke sekolah menjadi taffakur. Dari jauh sekolahnya kelihatan. Pelajar-pelajar sedang memasuki kelas selepas perhimpunan.

Tiba-tiba... Angkasa Palestin bingit dengan enjin pesawat tentera Israel. Pesawat itu melepaskan sesuatu. Sebuah peluru berpandu. Jefri tergamam. Perlahan-lahan dia menyaksikan peluru itu jatuh dan tepat ke arah sekolahnya. Bom!!!!

Hanya tinggal debu. Air mata berlinang dari tasik kelopak mata. Tasik itu datangnya dari kolam hati.

‘Bagaimana dengan Kamal, Ameen, Jaafar, Mustafa, Ahmad Durrah?’ Fikirannya bermain ilusi. Kelihatan beberapa jet dan kereta kebal menggempur dan memusnahkan segala-galanya. Dia mengatur langkah dan mencari lorong-lorong yang selamat. Dia sampai di satu jalan. Kelihatan beberapa pasukan Israel dan pemuda Palestin sedang berbalas tembakan. Namun di tengah-tengah itu. Kelihatan Ahmad Durrah dan bapanya Jamal sedang berlindung di tepi sebuah tong.

Hatinya bagai digores lagi. Dua butir peluru pasukan Israel hinggap pada Ahmad Durrah dan bapanya Jamal. Dia melihat Ahmad Durrah rebah dan syahid di dalam pelukan bapanya. Manakala bapanya cedera parah.

‘ Jahanam Israel!!!!!’ Jerit hatinya. Dia tidak betah menunggu. Dia berlari pulang ke rumah untuk melihat keadaan kakaknya pula. Alangkah terkejutnya apabila sebuah trak Israel, dan lima tentera Israel sedang mengheret kakaknya. Tambah perit lagi, kakaknya juga telah dikerjakan oleh Askar Israel yang memang kuat nafsu mereka.

Dia tidak tahan menanti di balik bangunan itu. Lantas dia mengambil seketul batu dan dengan sekali ucapan takbir yang bergema dia membalingnya ke arah tentera Israel. Batu tersebut hinggap betul-betul ke arah salah seorang daripada tentera Israel tersebut.

“ Jefri lari!!!! Selamatkan diri kamu.” Pinta kakaknya. Namun dia tidak mengendahkannya. Dia mencari lagi seketul batu yang besar. Kemudian dia berlari ke arah sekumpulan tentera Israel sambil seketul batu sudah siap kemas di dalam genggamannya. Dia bertakbir sambil berlari untuk membaling batu tersebut.

“ Allahuakbar!!!!!” Batu tersebut dibaling.

“ Pom!!!” Sebutir peluru menusuk tepat ke arah dadanya. Dia rebah menyembah bumi. Linangan air mata mula kelihatan di pipinya.

‘ Wahai mujahid sekalian, tunggu aku di taman syurga. Pergilah bermain dengan bidadari. Aku pasti akan menyusul. Palestin maafkan aku kerana tidak bisa membebaskanmu. Namun aku percaya, tumbangnya seorang mujahid, akan lahir seribu lagi mujahid. Dia akan membebaskanmu. Dan akan berdiri sebaris dalam saf-saf mujahid terdahulu.’

‘ Palestin...

Maafkan aku...




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...