Thursday, August 11, 2011

Fadhilat Ayat Kursi



Assalamualaikum. Berjumpa kita lagi setelah sekian lama saya tidak menulis di blog ini. Maklumlah, sekarang ini menuju ke akhir tahun. Semakin banyak kerja yang harus disempurnakan sebagai tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Namun perjuangan dakwah masih tetap diteruskan. Seperti apa yang diucapkan oleh Nabi Muhammad S.A.W.

“Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat...”

Pada hari ini saya ingin berkongsi ilmu sedikit mengenai kehebatan ayat kursi. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya jugakan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Kisahnya bermula dari sini.

Pada suatu hari seorang wanita muslim amerika sedang berjalan di lorong yang gelap di sebuah taman. Selepas itu dia terkejut apabila melihat seorang lelaki Amerika dari jauh. Lorong itu memang terkenal dengan kes rogol dan bunuh kejam terhadap wanita.

Lalu perempuan itu berdoa kepada Allah untuk keselamatannya. Lalu dia membaca ayat kursi dan terus berjalan melepasi lelaki tersebut.

Keesokkan harinya, keluar di dada akhbar mengenai kes rogol yang berlaku di kawasan tersebut. Perempuan tersebut agak terkejut, kerana di lorong itu juga dia lalu dan perogol tersebut merupakan lelaki semalam! Lalu dia bergerak ke balai polis di mana lelaki itu ditahan. Dia meminta izin daripada pegawai polis di sana untuk berjumpa dengan lelaki tersebut.

“ Semalam saya juga melalui lorong tersebut secara sendirian. Mengapa saya tidak menjadi mangsa anda?” Perempuan itu bertanya.

“ Siapa kata awak bersendirian? Pada malam itu saya nampak awak sedang berjalan dengan ditemani oleh dua orang lelaki bertubuh tegap. Kalau tidak ada dua orang lelaki semalam, maka awak lah yang akan menjadi mangsa saya.” Terang lelaki tersebut.
Perempuan tersebut agak terkejut. Namun dia bersyukur kepada Allah kerana telah menyelamatkannya pada malam itu. Maha Suci Allah.

Antara Fadhilat Lain

• Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.

• Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan
Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.

• Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat
Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.

• Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang di baca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

• Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu
eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan zahir dan batin.

• Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

1 comment:

  1. salam...ni amin..ingat x....saya suka abg punye blog...semoga abg brjaya mengejar cite2 abg...MAY GOD BLESS YOU...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...