Wednesday, June 1, 2011

5 Orang Terkaya

"Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui"
(29:64)

Di Bawah ini merupakan senarai 5 orang terkaya di dunia.

Nombor 5



Nama : Bernard Arnault.
Aset : 41 Billion (Moet Hennesy)

Nombor 4



Nama : Warren Buffet
Aset : 50 Billion (Berkshire Harthaway)

Nombor 3



Nama : William Henry Bill Gates
Aset : 56 Billion (Microsoft)

Nombor 2



Nama : Carlos Slim Helu
Aset : 74 Billion (TelMax)

Orang paling terkaya di dunia dan di sisi Allah



Inilah orang yang paling kaya di dunia dan di sisi Allah. Iaitu orang yang selalu bersyukur kepada Allah. Sebab apa? Kerana apabila mereka mempunyai harta, mereka meyakini bahawa kekayaan itu datang daripada Allah dan mereka tidak risau jika harta mereka berkurangan kerana yakin bahawa ia milik Allah.

Mereka ini apabila diberi nikmat harta, mereka menadah tangan dan bersyukur kepada Allah. Malah menjadikan mereka semakin patuh dan tunduk kepada Allah. Malah apabila mereka diuji, mereka tidak meminta kepada orang lain, melainkan kepada Allah.

Memang orang miskin bukanlah orang kaya. Namun itu di mata manusia. Di sisi Allah? Bukankah seseorang itu akan menjadi kaya apabila ia dihubungkan dengan Allah? Pemilik kekayaan di dunia dan di seluruh alam. Namun apabila kita bekerja untuk orang kaya di dunia? Apa yang kita dapat?

Sebelum saya akhiri, izinkan saya untuk mengakhiri dengan sepotong hadis dari riwayat muslim.

Anas r.a berkata,bersabda Rasulullah s.a.w. : "Pada hari Qiamat dihadapkan seorang yang termewah di dunia dan ia sebagai calon ahli neraka,maka dicelup ke dalam neraka sebentar,kemudian dikeluarkan dan ditanya : "hai anak Adam,pernahkah kamu merasakan kesenangan dan kebahgiaan selama hidupmu?jawabnya:TIDAK ya Rabb.Kemudian didatangkan seorang yang amat menderita di dunia dan ia calon ahli syurga,maka ia dicelupkan sebentar di syurga kemudian ditanya : "hai anak Adam,pernahkah kamu merasakan penderitaan dan kesukaran selama hidupmu ? Jawabnya : TIDAK ya rabb,belum pernah saya menderita atau merasakan kesukaran sama sekali"

Hadis Riwayat Muslim.

Sama-sama fikirkan.






No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...