Sunday, May 22, 2011

Mampukah anda bercinta (Sebelum Berkahwin)







Berusaha menjadi terbaik untuk mendapat yang terbaik, bukan menilai orang lain baik tapi diri sendiri tiada usaha menjadi baik. Maka segalanya dilakukan dengan usaha dan niat yang ikhlas, niat baik akan dipertemukan dengan takdir-Nya yang baik-baik. Kebaikan kita dinilai oleh masa, kalau umur dah berginjak 20-25 tahun, tapi masih baca majalah mangga, belek komik bersiri, bukankah teramat jauh untuk jadi baik.

Allah Taala berfirman, bermaksud: "...perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat)" (Surah An-Nur, 24:26)

Benar kita boleh berlakon, depan orang cerah perut ibu mengandung, tapi sampai bila,tembelang kalian pasti dapat dihidu, bila dah kahwin semua itu sudah tiada lagi, kembali pada perwatakan sebelumnya.


Kalian berhak memasang cita-cita, memiliki isteri mampu menjaga pakaian dan makan minum, mendamba isteri rajin bertadarrus al-Quran dan bertahajjud malam, isteri rajin dalam kerja-kerja dakwah, mengimpikan isteri melahirkan zuriat soleh dan solehah, menginginkan isteri berkongsi suka dan duka, kalian boleh buat demikian, tapi sanggupkah kalian juga menjadi seperti apa seorang isteri harapkan, menemani di kala tahajjud, menyediakan pakaian dan makan minum, menjadi pemimpin baik buat dirinya dan anak-anak yang soleh dan solehah.
Mereka bertadabbur, dan memahami kalam Allah satu ini;

Allah Taala berfirman, bermaksud: "Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan..." (Surah An-Nisaa', 4:34)

Menetapkan niat untuk menjadi lelaki yang baik untuk keluarganya serta hasrat untuk melahirkan generasi baru yang membawa ad-Deen merupakan usaha yang murni.

Sudah tentu usaha sedemikian memerlukan keteguhan dan kecekalan serta usaha yang berterusan sambil memohon pertolongan Ilahi. Niat yang baik akan menatijahkan hasil yang baik.

seorang lelaki menyukai perempuan yang mempunyai sedikit sentuhan maskulin manakala perempuan yang akan menjadi isteri juga menyukai lelaki yang mempunyai sentuhan feminin.

Ringkasnya, suami akan suka isteri yang boleh berdikari menyelesaikan beberapa tugasan atau kerja-kerja yang selama ini dilakukan oleh suami, manakala isteri juga menyukai suaminya sekali sekala buat kerja rumah dan memasak untuk keluarga.

Ada kalanya suami memerlukan isteri membantunya dalam menyelesaikan kerja-kerja yang selama ini suami yang lakukan, adakalanya si isteri memerlukan suami untuk ringan tulang dalam hal berkaitan house-chores.

Tiadalah itu satu harapan yang melangit, melainkan rasa ingin merealisasikan sesuatu yang sudah berkurangan dalam kehidupan insan hari ini.

Rasulullah s.a.w dalam kesibukannya berdakwah dan menjadi penghulu ummat juga mampu memenuhi hak-hak keluarganya, dan membina satu keluarga Islami yang bahagia, maka kita juga berusaha untuk menjadi seperti baginda.

Ramai orang tidak setuju kalian bercinta sebelum kahwin. Cinta tidak salah, tapi masalah besar adalah orang bercinta, salah meletakkan harga sebuah cinta. Kalau sudah rasa tidak mampu, maka jauhilah maksiat cinta.

Kebanyakan orang bercinta terbawa-bawa dengan khayalan cinta sehingga bersikap terlalu romantik.

Bila berbual, banyak control macho sehingga tidak berani bercakap jujur dalam hal-hal tertentu.

Bila bercakap, banyak tipu dari memberitahu perkara yang sebenar.

Bila merancang, banyak manis dari yang pahit.

Bila berjanji banyak hipokrit dari realistik. Ini lumrah orang bercinta.

Kerana itu, elakkan mengenali pasangan terlalu intim sebelum berkahwin.

Dibimbangi, kalian terkejut selepas berkahwin.

Sanggupkah kalian bercinta?........

2 comments:

  1. Cinta yang dihijab dengan nafsu dan keinginan tidak akan ke mana...

    Biarlah ikatan sebenar dibina dengan SyariatulLah . Sesudah diijabkabul SyariatulLah tetap dijaga dan disubur dengan SunnatulLah...

    ReplyDelete
  2. Dunia kini kehilangan pejuang yang semangatnya bak perjuangan ikhwanul muslimin
    Jika ade pasti remaja kita boleh diselamatkan daripada cinta dunia.jika sekali pandang
    Seperti fatamorgana indah namun hakikatnya hanya ilusi dunia.kalau kita pasti pasangan kite itu mampu berkorban ape sahaja untuk kita,cube tanya kepadanya adakah dia akan lakukan pengorbanan yg sama untuk islamnya?jika tidak,die bukan jodoh dari syurga

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...