Friday, December 17, 2010

Masalah Remaja

Assalamualaikum.

Demi kesempatan pada waktu ini suka saya ingin berkongsi sedikit ilmu saya yang cetek ini kepada semua umat Islam. Al-Hamdulillah, kita masih lagi diberikan oleh Allah peluang untuk meneruskan tanggungjawab kita sebagai umat Islam dan khalifah di atas muka bumi ini.

Ikhwanul Muslimin yang saya hormati sekalian.

Sejak akhir ini, kes pembuangan bayi masih lagi menghiasi dada akhbar di seluruh negara. Malah, kes ini semakin hari semakin serius kerana bukannya satu kes setiap hari, malah lebih dari itu. Jadi saya suka mengingatkan di sini bahawa perkara ini haruslah dicegah sebelum ia akan menjadi kanser dalam masyarakat kita pada hari ini.

Ikhwanul Muslimin,

Terdapat beberapa punca zina yang membawa kepada kes pembuangan bayi sebenarnya. Antaranya.

1. Berpegang tangan dengan bukan muhrim

Ya!!! Maksud diatas bukan sahaja berpegang tangan, malah bersentuh kulit. Hal ini haruslah dipandang serius kerana ia sudah menjadi satu fenomena biasa dalam kalangan remaja. Kerana ada hadis nabi yang mengatakan jika kepala kita dipukul dengan besi, sebenarnya ia lebih baik apabila kita bersentuh kulit dengan orang yang bukan muhrim. MasyaAllah...

2. Membuka Aurat.

Hahah!!!Ini lagi satu masalah. Haram bagi umat Islam membuka aurat dan menunjukkan aurat kepada yang bukan muhrim. Tak payahlah kita nak ikut fesyen barat yang otaknya sudah karat. Ingat, Aurat kita adalah kehormatan diri kita. Apabila kita dah menjadikan aurat kita sebagai tontonan umum, sebenarnya kita telah menggadaikan kehormatan diri kita. Ingat!!! Buka aurat juga akan mendekatkan seseorang itu kepada zina.

3. Couple dan meluahkan rasa cinta.

Fuh!!!!panjang rasanya kalau nak kupas pasal couple ini. Tak apa saya akan cuba ringkaskan. Sebenarnya apabila kita meluahkan rasa sayang kepada girlfriend kita, sebenarnya haram. Islam melarang kita dari bercouple. Apabila kita meluahkan rasa sayang contohnya kita cakap I Love You, itu sebenarnya mendekatkan kita kepada zina. Fikir-fikirkan....

Pengajaran.

Islam melarang kita daripada bercouple. Bahkan mengucapkan I love you juga haram kerana ia merupakan perkara yang mendekatkan kita kepada zina. Sebenarnya percintaan akan terbit apabila kita sudah diijabkabulkan. Hal ini kerana Islam amat mementingkan kesucian hubungan sebelum perkahwinan. Namun, perkara seperti mengucapkan I love you, kucupan akan menjadi pahala apabila sudah berkahwin. Fikirkan...dan selamat beramah.....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...