Sunday, December 19, 2010

Apa makna C.I.N.T.A


Assalamualaikum…

First….nk ucap syukran sebab member penghargaan kepada saya untuk berkongsi pendapat bersama saya. Apa yang saya tulis ini hanya pendapat saya. Anda berhak untuk menolaknya.

Baiklah. Saya suka untuk bercerita mengenai hal-hal remaja terutamanya mengenai cinta. Ada beberapa factor kenapa sy suka bercerita mengenai cinta. Pertama, ia merupakan masalah remaja malah ia telah menjadi barah dalam masyarakat kita . Kedua, kerana cinta juga merupakan penyelesaian kepada beberapa masalah remaja. Ia terletak pada cara kita untuk menguruskannya. Dan yang terakhir cinta adalah perkataan yang kita sendiri akan meletakkan darjat perkataan cinta itu sendiri…..Hal ini kerana cinta tiada definisi yang menjurus.

1. Masalah remaja……

Memang jelas. Perkataan C.I.N.T.A merupakan masalah remaja pada hari ini. Hal ini kerana kurangnya penghayatan kepada agama oleh individu tersebut. Cinta????? Kalau misalan kata ada remaja yang bercinta pada hari ini, saya akan menilai dengan dua aspek iaitu positif dan negative. Positifnye, setiap orang mempunyai fitrah mahu menyayangi dan disayangi. Negatifnya, adalah masa mereka bercinta. Contohnya mereka bercinta di sekolah dan hal ini akan mengganggu prestasi pembelajaran mereka

2. Penyelesaian kepada masalah?????

Seperti yang saya jelaskan lagi, ianya terletak bagaimana kita menguruskannya. Jikalau remaja yang tidak ada penghayatan agama, mereka akan berjumpa dengan pasangan mereka untuk meluahkan masalah mereka. Sebenarnya, kalau kita nak luahkan, kita masih lagi mempunyai alternative yang lain. Jika orang yang beriman mempunyai masalah. Allah mendatangkan ujian kepada mereka, Secara automatic mereka akan mengadu kepada Allah menunjukkan bukti bahawa cinta kepada Allah.

3. Perkataan tanpa berdefinisi?????

Pada pendapat sy, perkataan CINTA tiada makna yang tepat. Hal ini kerana setiap individu mempunyai definisi mereka tersendiri. Kebanyakkan remaja pada hari ini, menyalahgunakan CINTA. Jikalau kita bercouple sebelum berkahwin. Cinta monyet. Cinta palsu. kita akan menjatuhkan Darjat Kalimah Cinta. Kerana bagi saya CINTA itu kalimah yang mulia.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...