Tuesday, February 1, 2011

Pemuda Harapan Agama


"Harapanku ialah agar rumah ini penuh dengan lelaki-lelaki seperti Abu 'Ubaydah ibn al-Jarrah, Muaz ibn Jabal dan Salim budak suruhan Abu Huzaifah, agar mereka semua dapat digunakan bagi meninggikan kalimah Allah!!"

Khalifah Islam ke-2, Umar Al-Khattab.

Wah betapa besarnya harapan Amirul Mukminin itu. Ubaidah merupakan orang kuat Islam yang telah berjaya membantu Islam dalam menakluk Parsi. Salah satu bangsa terkuat dunia selain Rom dan semestinya Islam. Muaz bin Jabal yang telah mengembangkan Islam ke benua Afrika.

Adakah kau lupa bahawa kita pernah berkuasa? Adakah kamu lupa bahawa kita pernah berjaya? Sehingga kita mampu untuk memayungi 2 daripada 3 dunia. Kalau kita kaji, ia semua pemuda. Cuba kalau kita renung-renungkan di masjid. Terlalu jarang kalau kita mahu melihat anak-anak muda menjadi imam atau bilal. Paling tidak di saf pertama cukuplah.

Saya ingin bawa satu kisah iaitu Sultan Muhammad Al-Fateh. Dia menakluki Kota Konstantinopel ketika umurnya 24 tahun. Dia mempunyai satu keazaman dan disiplin yang kuat. Pendek cerita, beliau tidak pernah meninggalkan solat tahajjud dan rawatib sepanjang hayatnya sejak beliau akil baligh. Tidak perlulah kita untuk tidak meninggalkan solat sunat. Cukup untuk kita mempersiapkan diri kita supaya menjadi pemuda harapan agama.



Mutakhir ini, pemuda-pemuda kita kian longlai. Pemuda kita banyak menghuni penjara, pusat serenti, pusat pemulihan akhlak dan lorong-lorong gelap dan sepi. Pemuda kita ini tidak mempunyai jati diri dan wawasan diri yang teguh.

Berdoalah...Ya Allah, aku bukannya para sahabat yang hidup di zaman Baginda Nabi. Aku bukanlah pahlawan Badar Dan Uhud. Aku bukanlah soldadu di medan khandaq. Namun aku hanya memerlukan secebis keberanian, untuk diresapi dalam diri agar dappat membangunkan diri yang daif ini.

Di sini, hati memainkan peranan penting dalam menukar individu tersebut menjadi individu yang LUAR BIASA.

"Dan sesungguhnya Tuhanmu, benar-benar mengetahui apa yang disembunyikan hati mereka dan apa yang mereka nyatakan.."
Surah An-Naml (27:74)

Hati amat penting. HATI itu ibarat kubu sebuah istana. Kita perlu mempertahankan kubu kita daripada diceroboh oleh Syaitan dan Iblis Laknatullah yang durjana.. kita perlu ada cara dalam mengawalnya. Kita perlu ada strategi untuk mempertahankannya.



Apakah cara dan strateginya?

Kita perlu mempertahankan pintu masuk kubu istana. Itulah strategi utama. Jika ini kita mampu lakukan, nescaya tentera-tentera Syaitan dan Iblis pasti sukar untuk menceroboh masuk ke dalam istana.

Persoalannya sekarang, apakah pintu-pintu masuk kubu tersebut? Atau secara realitinya, apakah pintu-pintu masuk Syaitan dan Iblis ke dalam hati kita??

Pintu-pintu masuk tersebut adalah sifat-sifat kita sendiri..

Sifat hasad dengki, ammarah yang keterlaluan, sifat suka bermusuh-musuhan, malas, pengotor, pengeji.. itu semua adalah sebahagian pintu-pintu masuk 'kubu istana'.

Penutup

Ayuh kita sama-sama fikirkan.

1.Siapakah pengganti Umar Al-Khattab pada hari ini?
2.Siapakah pewaris Sultan Salahuddin Al-Ayubi pada hari ini?
3.Dimanakah pemuda-pemuda seperti Sultan Muhammad Al-Fateh pada zaman ini?

Merekalah pemuda-pemuda yang harus kita contohi. Adakah anda hanya ingin menutup mata dan bergoyong kaki? Sama-sama kita fikirkan. SHIFT YOUR PARADIGM

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...