Sunday, January 30, 2011

Hukum Umat Islam Menyambut Valentine.

Assalamualaikum.

Kepada semua pembaca blog saya. Cuba anda renung-renungkan lirik lagu di bawah,,,

Sekuntum mawar merah sebuah puisi
Untuk gadis pilihan oh.. di bulan Februari
Mulanya cinta bersemi dan kehadiran
Ribuan mimpi-mimpi oh di bulan Februari

Ha...Ini yang nak saya ceritakan. Kita sekarang ni di bulan Februari. Cuba tanyalah mana-mana orang. Mesti dia akan ingat hari kekasih. Opps....15 Februari ini kan Hari Maulidur Rasul.Sehari selepas Hari Kekasih. Agaknya orang ni semua ingat tak? Hanya Allah sahaja yang tahu. Cuba kalau kita tukar lirik lagu di atas....

Sepotong selamat nabi sebuah puisi
Untuk Nabi Ulul Azmi oh.. di bulan Februari....

Ha...Kan lagi sedap tu. Daripada lirik lagu pertama. Untuk pengetahuan semua, Fatwa telah dikeluarkan dan HUKUM MENYAMBUT HARI VALENTINE ADALAH HARAM. Hal ini kerana menyambut perkara tersebut dan mengingati kekasih adalah satu aktiviti yang cukup BERTENTANGAN DENGAN AJARAN ISLAM. NAnti mulalah timbul, anak haram, kahwin lari. And ect...




Satu lagi ia diharamkan sebab nama Valentine iaitu dari nama seorang paderi besar VALENTINO yang bertanggungjawab menghancurkan pemerintahan Islam di Sepanyol. Tambahan pula ianya berlaku pada 14 Februari. Jadi bila anda meraikan hari tersebut, anda seakan menyambut kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Sama-sama fikirkan...

Jadi kepada yang dah buat appointment dengan couple masing-masing tu. Batalkan sahaja. Lebih baik kita bersedia untuk 15 Februari ini iaitu hari Maulidur Rasul. Daripada ingatkan kekasih yang belum tentu lagi jadi Isteri kita tu. Hmm...lebih baik kita menjaga kesucian hubungan sebelum berkahwin.

Daripada menyambut 14 Februari, apa kata kita jadikan setiap hari untuk kita memperkukuh ukhuwah sesama kita...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...