Tuesday, December 21, 2010

Membina Khaira Ummah


KITA UMAT YANG MULIA

Tahukah anda bahawa kita merupakan sebaik-baik umat yang diciptakan bagi umat manusia? Kita sememangnya haruslah berbangga kerana kita merupakan sebaik-baik umat yang telah diciptakan bagi umat manusia. Hal ini termaktub dalam Al-Quran. Allah sudah berfirman.

“Kamu (umat muhammad) adalah sebaik-baik umat yang telah diciptakan bagi umat manusia, kerana kamu menyuruh berbuat segala perkara baik dan melarang daripada semua perkara yang salah, serta kamu semua beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)......”

Surah Ali-Imran : 110


Ayat di atas sebenarnya telah menjadi bukti bahawa kita merupakan sebaik-baik umat. Cuba anda selidiki ayat di atas. Ada beberapa faktor sebenarnya sehingga kita dikatakan sebik-baik umat. Faktornya adalah kerana kita menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran serta kita beriman kepada Allah

Dalam hal ini beberapa persediaan haruslah dilakukan bagi membina title kita sebagai Khaira Ummah.

Menyuruh melakukan kebaikan dan melarang daripada melakukan kemungkaran

Dasawarsa ini, setiap orang yang melakukan kebaikan sering kali dipandang hina. Manakala orang yang melakukan kejahatan akan dipandang dengan mulia, nama mereka akan diagungkan, malah mereka akan ditakuti kerana kejahatan mereka. Bukankah orang yang ditakuti kerana kejahatan merupakan tanda-tanda kiamat. MasyaAllah. Jika ada orang yang ingin melakukan kebaikan, mereka akan dituduh berlagak baik, orang yang mengharapkan balasan. Agaknya memang dah tiada ke orang yang baik di dunia?

Perkara seperti ini haruslah dipandang dengan serius apatah lagi ia telah menjadi barah dalam kehidupan masyarakat kita. Jika ada orang yang ingin melakukan kebaikan, hargailah dia. Jangan sesekali memandang enteng terhadapnya. Soal ikhlas hanya Allah sahaja yang tahu. Bukankah Allah mengetahui apa yang ada di dalam hati kita?

Jika ada orang yang melakukan kesilapan, janganlah kita hanya menutup mata sahaja. Ambilah langkah sebagai seorang muslim dengan menegurnya. Dalam hal mencegah kemungkaran, Islam telah menggariskan tiga cara mencegah kemungkaran. Iaitu melalui tangan, mulut dan hati.

Dalam ketiga-tiga kaedah pelaksanaan tersebut, mencegah melakukan kemungkaran dengan menggunakan tangan yang lebih berkesan. Hal ini kerana ia akan dapat memberi manfaat dan esedaran kepada ramai orang. Manakala mencegah menggunakan hati dikatakan selemah-lemah iman kerana kesannya hanya kepada diri kita sahaja.

Beriman kepada Allah
Beriman kepada Allah merupakan salah satu cabang dari rukun iman. Bagaimana caranya? Cara yang paling asas ialah dengan mempercayai kewujudan dan keesaan Allah S.W.T. Seterusnya, melakukan segala yang diperintahkan dan meninggalkan semua larangan Allah. Seharusnya kita perlu berbangga kerana Allah sendiri telah memberitahu kita dalam Al-Quran bahawa kita adalah umat yang mulia. Jadi, kalau kita menjadi umat yang mulia, kita haruslah mengikuti contoh teladan yang ditunjukkan oleh para nabi.

Allah sudah berfirman

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredaan Allah dan balasan baik hari akhirat, serta ia menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak(dalam masa senang atau susah)
Surah Al-Ahzaab : 21


Selain itu juga kita boleh menjadikan para sahabat sebagai ikutan kita dalam kehidupan seharian. Hal ini kerana Allah telah mengiktiraf para sahabat.

Dan orang-orang yang terdahulu yang mula-mula berhijrah dan memberi bantuan dari orang muhajirij dan ansar, dan orang yang menurut jejak langkah mereka dengan kebaikan, Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Allah, serta ia menyediakan untuk mereka syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya, itulah kemenangan yang besar

Surah At-Taubah : 100


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...