Sunday, December 26, 2010

Hikmah diturunkan Alquran.

Alquran diturunkan secara beransur-ansur selama 23 tahun iaitu 13 tahun di mekah dan 10 tahun di Madinah. Ayat Al-Quran yang diturunkan sebelum hijrah dipanggil sebagai makiyyah manakala selepas hijrah di sebut madaniyyah. Bukankah orang yang paling mulia ialah mereka yang membaca Al-Quran dan mengamalkannya?



Hikmah Al-Quran diturunkan secara beransur :

1. Agar lebih mudah difahami dan dilaksanakan. Orang akan enggan melakukan sesuatu suruhan sekiranya suruhan itu terlampau banyak. Sebab itu Allah menurunkan Al-Quran secara sedikit-demi sedikit.

2. Turunnya ayat yang sesuai dengan peristiwa yang berlaku.

3. Memudahkan penghafalan. Bayangkan jika Al-Quran diturunkan sekali gus, mampukah kita untuk menghafalnya, pasti sukar bukan?

4. Sebagai jawapan kepada setiap persoalan yang ditujukan kepada nabi. Kadangkala nabi sendiri diberi soalan yang tidak mampu dijawab oleh Baginda, sebab itulah Al-Quran diturunkan sedemikian untuk memberi jawapan kepada nabi.

5. Sebagai motivasi kepada nabi. Dalam menyampaikan dakwah, nabi sering kali dihina dan dicaci, maka ketika itulah Allah menurunkan Al-Quran sebagai motivasi kepada nabi untuk terus berjuang menegakkan agama Allah yang maha suci ini.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...