Showing posts with label Serikandi. Show all posts
Showing posts with label Serikandi. Show all posts

Thursday, December 23, 2010

Muslimah : Kau memang cantik



Hmm...topik kali ini kita akan bincangkan mengenai muslimah. Adakah anda tahu bahawa kaum hawa diciptakan sebagai ubat tenteram jiwa.



Allah sudah berfirman.

“Dialah yang mencipta kalian dari satu orang,kemudian darinya Dia menciptakan isterinya agar menjadi cocok dan tenteram kepadanya”

Surah Al A’raf : 189


Kalau kita renung-renungkan dalam dunia hari ini, khususnya dalam usia remaja, muslimah sering menjadi mangsa sesuatu keadaan. Mereka beranggapan bahawa golongan muslimah ini sebagai golongan yang lemah, golongan yang tidak mendapat tempat dalam masyarakat. Malah bayi perempuan akan ditanam hidup-hidup ketika zaman jahiliyah dulu.




Hal ini sangatlah bertentangan dengan Islam yang menempatkan golongan ini di tempat yang mulia. Sebagai contoh, ibu kita adalah seorang yang mulia dan ibu kita juga adalah seorang perempuan. Maka kaum perempuan ini hendaklah dihormati. Bayangkan apa akan terjadi jika tiada perempuan di dalam dunia ini? Nescaya akan pupuslah umat manusia kerana tiada siapa lagi yang dapat melahirkan zuriat.



Warkah Buat Muslimah

Muslimah, jagalah dirimu serta tata tertibmu sebagai seorang muslimah yang sejati. Kerana hal ini akan menunjukkan siapa dirimu. Muslimah, engkau perlu tahu sesuatu perkara, bahawa engkau memang cantik. Tetapi janganlah engkau mencantikkan dirimu dengan hanya perhiasan dunia, kerana Allah tidak memandang perkara tersebut. Cantikkanlah dirimu dengan akidah yang utuh terhadap Allah.

Muslimah, jagalah auratmu, kerana ia merupakan harga dirimu. Anddai kata kau tidak menjaga auratmu, engkau sebenarnya telah menggadaikan dirimu serta kehormatanmu. Wahai Muslimah janganlah disebabkan engkau keimanan orang yang melihatmu akan terjatuh. Berdoalah kepada Allah, agar engkau tidak menjadi asbab runtuhnya iman seseorang itu.

Muslimah, jika engkau putus cinta dengan seseorang jejaka, biarlah perkara itu berlaku. Namun kau mempunyai satu cinta lagi dari Allah. Ingatlah, Allah tidak pernah meninggalkanmu. Sekalipun kamu lupa kepada-Nya.
Muslimah, janganlah engkau menghamburkan kata cinta tanpa kefahaman dan melagukan mantera kasih tanpa tujuan, kerana ia akan menarikmu kedalam lubang zulmat. Janganlah engkau memetik bintang di kala langit suram, lalu kau sematkan ia dalam hatimu yang majhul hakikat, kerna ia akan menjadi badai yang akan meruntuhkan nilaimu.

Muslimah, andai engkau mahu bahagia, intailah kasih yang tersembunyi di sebalik arasy-Nya. Perolehilah kedamaian dalam syurga-Nya. Kerana di situ merupakan tempat damai yang abadi.



Wanita merupakan perhiasan di dunia, seindah hiasan adalah wanita yang solehah. Jadi amat penting di sini untuk para muslimah untuk manjadi perempuan yang solehah. Biarkan ia menjadi indah bukan hanya di sisi manusia malah Allah yang Maha Mencipta.
Sebagai seorang islam, kita hendaklah menghormati kaum ini, janganlah kamu mengasari mereka. Kerana ada hadis nabi mengatakan.

“Sesungguhnya perempuan itu dicipta dari tulang yang bengkok, janganlah kau cuba meluruskannya, kerana kau akan menyakitinya..”

Selain itu kita juga perlu sedar akan fitrah manusia. Bukankah Allah telah menciptakan setiap sesuatu itu berpasangan. Janganlah kita ingin menyalahkan perkara yang telah ditetapkan.

Allah sudah berfirman.

“ The believers, the man and woman are protectors each other...”

Dalam ayat di atas, lelaki dan perempuan hendaklah sentiasa bantu membantu antara satu sama lain. Menyuruh melakukan kebaikan antara satu sama lain dan sama-sama mencegah kemungkaran.

Pesona Aurat Terpelihara

Pernahkah kita terfikir, mengapa Islam mensyariatkan wanita menutup dan menjaga aurat mereka? Betapa Islam hadir untuk memartabatkan kaum wanita, tetapi wanita sendiri tidak menyedari hakikat itu.
Jika dibandingkan wanita Islam dengan bukan Islam, wanita Islam begitu bertuah kerana telah disyariatkan untuk menutup aurat. Cuba lihat wanita barat yang meluncur di atas ais dengan hanya memakai bikini atau mungkin tanpa berpakaian. Merekalah yang sebenarnya telah didiskriminasikan. Menjadi tatapan setiap manusia yang memandang tanpa sekelumit pun perasaan malu. Maruah yang perlu dijaga dipertontonkan sewenang-wenangnya tanpa timbul perasaan bersalah. Seolah-olah tidak bernilainya mereka di mata masyarakat.

Namun wanita kini, mereka sendiri dengan sesuka hati mendedahkan aurat dan mahkota mereka tanpa rasa berdosa kepada yang bukan mahram. Malah lebih parah lagi, lelaki yang seharusnya menjadi pelindung dan pembimbing kepada kaum wanita membiarkan sahaja isteri, anak, adik, sahabat dan saudara mereka mendedahkan aurat.

Sunday, December 19, 2010

Ainul Mardhiah

AINUL MARDHIAH...BIDADARI TERCANTIK DI SYURGA

Namanya membawa maksud “Mata yang diredhai”. Pandangannya jatuh umpama pelangi. Susuknya indah, jauh lebih sempurna dari segala wanita di dunia. Kecantikannya bukan bayangan manusia…Cuma untuk memilikinya, perlu menitiskan darah sebagai syuhada!

Itulah dia ‘Ainul Mardhiah. Bidadari yang paling cantik di kalangan bidadari lain di syurga.

Suatu pagi di bulan Ramadhan, Rasulullah bersabda kepada pengikutnya dan para sahabat.

“Barangsiapa yang keluar ke jalan Allah pada hari ini dan tiba-tiba syahid, maka dia akan dijanjikan seorang bidadari tercantik di syurga, Ainul Mardhiah”

Mendengar berita itu, seorang sahabat yang sangat muda usianya merasa teruja. Ingin ditanya tentang bidadari tersebut pada Rasululullah, tapi dia merasa malu.Sebelum keluar berperang, mereka tidur dan pemuda itu bermimpi.

Dia bermimpi bertemu dengan seorang yang berpakaian bersih lagi cantik. Lalu ditanya, apakah namanya tempat ini. “Inilah syurga” jawab lelaki itu. Lalu dia menyatakan hasratnya ingin berjumpa Ainul Mardhiah. Setelah diberitahu, dia berjalan dan berjumpa pula dengan seorang wanita yang kecantikannya tiada di dunia. Pemuda itu memberi salam dan bertanya “Andakah Ainul Mardhiah?” Jawab wanita rupawan itu, “Bukan, saya hanya khadamnya.”

Setelah itu, dia memasuki sebuah mahligai indah tidak terperi dan terjumpa seorang wanita yang lebih cantik dari tadi. Tapi apabila ditanya, wanita itu ternyata hanya khadam Ainul Mardhiah. Sampailah dia menaiki anak-anak tangga mahligai permata, dia menemui seorang perempuan yang sangat cantik paras dan susuknya. Malahan berkali ganda lebih cantik dari dua wanita tadi.

Wanita itu tersenyum sambil berkata “Akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untukmu” Sebaik saja dia ingin mendekati wanita itu, Ainul Mardhiah melarang dan berkata “Jangan, jangan kau dekati aku kerana engkau belum syahid lagi!”

Serentak itu, pemuda tadi terbangun. Sebelum berangkat ke medan perang, dia menceritakan mimpi aneh itu pada salah seorang sahabat. Pesannya, “Jangan ceritakan pada Rasulullah sehingga aku menemui syahid.”

Ditakdirkan Allah SWT, pemuda itu gugur syahid. Petangnya, sahabat tadi menceritakan kepada Rasulullah tentang segalanya. Dan Rasulullah berkata “Benar, segalanya benar dan kini pemuda itu sedang menunggu waktu berbuka di dalam syurga ditemani Ainul Mardhiahnya.”

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...