Assalamualaikum....hai semua. Lama dah tak berkongsi di laman ini. Hari ini saya nak berkongsi sedikit perasaan sekiranya kita jatuh cinta. Mesti bestkan? Cuma kali ini kita tukar sedikit. Daripada perasaan cinta sesama manusia kita tukar kepada Pencipta kita.
1. Andai kita jatuh cinta, mesti best dapat surat daripada si dia. Kalau boleh siang malam mesti nak baca surat dia. Sampai berguling-guling atas katil sambil peluk surat si dia. Sebelum tidur kita akan baca. Bangun tidur pun kita akan baca. Sambil baca pula mesti terkenangkan dia...sambil senyum lagi.
Tukar: Andai kita jatuh cinta kepada Allah, mesti best dapat baca Al Quran, kalam daripada Dia. Kalau boleh siang malam mesti nak baca. Tapi tak sampai berguling-guling atas katil rasanya. Sebelum tidur kita akan baca (surah Al Mulk). Bangun tidur pun kita akan baca (surah Al Waqiah). Sambil baca mesti rasa gembira. Kadang-kadang sampai berlinangan air mata....umat sekarang tak rasa macam tu ke?
2. Andai kita jatuh cinta, mesti kita terkenangkan dia. Senyuman dia, wajah dia. Dan yang kita akan ingat sekali apa yang dia dah buat pada kita. Kadang-kadang kita akan ingat motivasi dia pada kita....kalau kita rasa down dia bagi semangat pada kita. Segala-galanyakita akan ingat pasal dia...wow bestnya!!!
Tukar: Andai kita jatuh cinta kepada Pencipta, mesti kita terkenangkan dia. Kita memang tak tahu rupa Dia. Tapi kita mesti rasa bersyukur apa yang dia dah bagi pada kita. Oksigen, air, kebahagiaan, rezeki, nikmat Islam dan iman and banyak lagi. Kadang-kadang kita akan ingat motivasi Dia. Di saat kita jatuh kerana manusia, kita akan bangkit disebabkan Dia. Segala-galanya kita akan ingat pasal Pencipta kita....umat sekarang tak rasa macam tu ke?
3. Andai kita jatuh cinta, pergh!!!! Wangi tak terkata bila nak jumpa si dia. Dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Tak cukup ke hujung kaki kalau boleh nak sampai ke mantel bumi mesti nak smart@anggun. Masa nak berjumpa dah terpacak 1 jam lebih awal.Tak boleh lewat walapun satu detik. Nak dating pula pergh!!! Romantiknya dekat taman bunga.
Tukar: Andai kita jatuh cinta kepada Yang Maha Esa, mesti kita pakai wangi dan bersih lagi suci tak terkata bila nak menunaikan solat. Dari hujung rambut sampai ke hujung kaki mesti nak smart@anggun. Masa nak solat fardu tak cukup rasanya nak lima kali. Kalau boleh nak up lagi dengan yang sunat..Tak boleh lewat walapun satu detik. Nak buat pula di taman syurga.. umat sekarang tak rasa macam tu ke?
4. Andai kita jatuh cinta semua benda susah jadi senang. Kalau boleh kita sanggup berkorban apa saja untuk si dia. Masa, tenaga, wang tu tak payah cakap. Confirm. Lautan api sanggup direnangi lagi.
Tukar: Andai kita jatuh cinta kepada Allah, pasti semua benda jadi senang. Solat, puasa zakat dan ibadat semua rasa mudah dan tenang bila dilaksanakan. Allah tak minta pun kita berenang lautan api. Cukuplah sekadar kita melakukan segala suruhan Dia dan meninggalkan segala larangan-Nya. Bestkan???? Umat sekarang tak rasa macam tu ke?
Fuhhh banyak benda lagi sebenarnya rasa bila kita sedang bercinta.... tapi yang lain minta pembaca untuk sama-sama fikirkan.... Assalamualaikum dan selamat beramal... :)
Cintakan bunga...akan layu....
Cintakan manusia...akan mati....
Cintakan Allah...kekal abadi....
Itulah cinta...cinta yang sejati...
Labels
- Al-Quran (3)
- Dunia (1)
- Hukum (1)
- Jurnal Odisi (3)
- Remaja Islam (5)
- Sejarah (3)
- Serikandi (2)
- Umum (8)
Showing posts with label Umum. Show all posts
Showing posts with label Umum. Show all posts
Friday, July 5, 2013
Friday, October 26, 2012
Demonstrsi IOM : Indikator Utama Cinta Kita???
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.
Baru-baru ini, seluruh dunia Islam digemparkan dengan filem Innocence of Muslim(IOM). Filem ini dikecam hebat di seluruh dunia kerana mempunyai elemen-elemen yang menghina junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Bukan kali ini sahaja kita digemparkan dengan filem yang menghina Rasulullah, namun sebelum-sebelum ini kita pernah dikejutkan dengan penciptaan karikatur yang menghina kesucian Islam secara amnya dan Nabi Muhammad secara khususnya.
Tatkala karikatur dan filem terbabit disiarkan, 2 billion umat Islam di serata dunia bersatu, mengutuk tindakan dan filem terbabit, mahukan mereka yang bertanggungjawab dihukum bunuh, mengebom kedutaan Amerika Syarikat, berdemonstrasi.
Terdapat pelbagai pengajaran yang kita boleh ambil daripada situasi ini. Antaranya, mengapa kita umat Islam sering kali diserang sebegitu rupa? Apakah dengan hanya demonstrasi itu merupakan tanda utama cinta kita dan penyelesaian utama kepada masalah ini?
Bagaimana Ia Boleh Berlaku? Pasti ada diantara kita yang tertanya-tanya mengapa kita umat Islam sahaja yang diserang? Jawapan yang cukup mudah. Kerana kita umat Islam pada hari ini hidup berpecah belah. Yang menyedihkan kita bukan sedikit, tapi ramai. Selari dengan apa yang diucapkan oleh Baginda Nabi Muhammad. Daripada Tsauban r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi s.a.w. menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’.” Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu hai Rasulullah?” Nabi kita menjawab, “Cinta pada dunia dan takut pada mati.” (Riwayat Abu Daud) Sedar atau pun tidak itulah realitinya yang berlaku pada hari ini. Kerana kita tidak lagi berpegang kepada ajaran Islam yang sebenar, membuatkan musuh-musuh Islam sering kali menyerang kita. Jika tidak dengan tentera dan jet, mereka akan menyerang kita dengan media. Tahukah anda? mereka sebenarnya tahu mereka akan dikecam, tetapi mereka sengaja ingin menggangu sensitiviti umat Islam. Kerana mereka tahu selepas itu umat Islam akan kembali berpecah belah
Apa tindakan Kita Tidak dinafikan, demonstrsi yang berlaku di seluruh dunia ini juga merupakan tanda cinta kita kepada Rasulullah. Sehinggakan ada ayat yang mengatakan : Dengan darah dan jiwa kami, kami membelamu ya Rasulullah. Ya. itu juga merupakan tanda cinta kita kepada Nabi. Namun tahu ataupun tidak, perkara paling senang dan yang paling utama bagi menunjukkan cinta kita kepada Nabi Muhammad adalah dengan mengamalkan segala sunnahnya. Agak kecewa, jika kita tanya orang yang berdemonstrasi itu, adakah dia mengamalkan suunah nabi? jawabnya tidak. Cukup kecewa. Mengapa sukar untuk kita mengamalkan sunnah Nabi. Sedangkan sunnah Nabi merupakan tanda cinta kita yang utama kepada Baginda. Analoginya cukup mudah. Kalau kita meminati K-Pop, kita akan meniru seluruh gayanya. Dari cara berpakaian sehinggalah gaya rambut. Kalau cintakan Nabi. Buatlah apa yang Nabi suruh. Biarlah orang yang berdemonstrsi itu dengan caranya. Kerana itu juga menunjukkan semangat cinta kepada Baginda. Tetapi apa tindakan kita? Ikutlah sunnahnya. "Aku tinggalkan kamu 2 perkara. Kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang kepada kedua-duanya. Iaitu Alquran dan sunnahku." Fikirkan..

Friday, August 17, 2012
Dia Anak yang Soleh
Dengan nama Alla yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.
Dia anak yang soleh. Tajuk terbaru untuk post kali ini. Moga-moga kisah ini akan kita jadikan sebagai tauladan dalam hidup kita. alkisah...
Pada suatu hari Nabi Musa pernah bertanya kepada Allah mengenai siapakah temannya yang akan bersama-samanya di syurga kelak. Lalu Allah menyuruh Nabi Musa untuk pergi ke sebuah pasar. Sesudahnya sampai di pasar tersebut, Nabi Musa berjumpa dengan seorang lelaki yang turut berniaga di pasar tersebut.
Pendekkan cerita, Nabi Musa telah meminta daripada lelaki tersebut untuk menjadi tetamu di rumahnya. Apabila sampai di rumah, lelaki tersebut meminta Nabi Musa untuk berehat sebentar sambil dia menyediakan makanan.
Di satu sudut rumah Nabi Musa ternampak seorang perempuan tua yang sakit. Selepas itu Nabi Musa melihat lelaki tersebut mengambil makanan dan menyuapkan kepada ibunya dan menolong ibunya untuk duduk, baring dan sebagainya. Nabi Musa agak terkejut apabila setiap pertolongan pemuda tersebut, pasti akan terkumat-kamit mulut ibunya.
Selesai memberi makan kepada ibunya, Nabi Musa pun bertanya kepada pemuda tersebut siapa perempuan tua itu. Lalu pemuda tersebut menjawab bahawa perempuan tua itu merupakan ibunya. Setiap hari sebelum dan selepas berniaga dia akan memberi makan kepada ibunya terlebih dahulu.
Nabi Musa bertanya perihal mulut ibu pemuda tersebut yang sering terkumat-kamit ketika pemuda tersebut membantu ibunya. Lalu pemuda tersebut menjawab itu merupakan doa ibunya kepada anaknya. Ibunya sering kali berdoa
" Ya Allah sesungguhnya anak aku ini merupakan anak yang soleh. Kau jadikanlah dia teman kepada Nabi Musa di syurga kelak."
Lalu Nabi Musa pun berkata "Demi Allah, sesungguhnya aku adalah Musa, dan engkau adalah temanku di syurga kelak"
Pengajaran : InsyaAllah setiap pertolongan kita kepada ibu bapa kita, Allah akan membalas dengan kebaikan yang berlipat ganda.
Sunday, March 11, 2012
Memaknakan Persahabatan
Setiap orang di dunia ini memerlukan teman. Tidak kira jika seseorang itu tua, dewasa, remaja, kanak-kanak mahupun bayi sekalipun. Ya, bayi juga mempunyai kawan. Jangan ingat bayi tidak mempunyai kawan. Segala patung permainan itulah dia akan menganggap sebagai kawan. Persahabatan memberikan 1001 makna persahabatan dalam diri seseorang khususnya para remaja.

Remaja yang masih terkapai-kapai bagi mencari identiti yang sebenar amat penting dalam menilai seseorang teman itu. Hal ini kerana, disebabkan rakan kita boleh ke syurga dan kerana kawan juga kita akan ke neraka. Persahabatan dapat menjadikan hidup kita sentiasa tenang, hal ini kerana apabila kita susah kita ada tempat untuk kita mengadu. Jaga-jaga, kalau nak mengadu masalah sebaik-baiknya biarlah yang sama jantina. Takut lain pula yang akan berlaku. Kan? Kan? Kan?
Renung-renungkan....
Maka, carilah rakan-rakan yang dapat memandu kita ke jalan yang baik dan diredai oleh Allah S.W.T.

Wasiat Luqman Al-Hakim :
“Hai anakku! Duduklah bergaul dengan orang yang bijaksana dan redalah dengan perkataan mereka, nescaya akan bertambahlah kebijaksanaan dalam dirimu.
“Hai anakku! Hendaklah engkau duduk bergaul dengan orang yang kuat berzikir mengingati Allah kerana ia akan menghidupkan ilmu serta memperbaharui perasaan khusyuk dalam hati.”
Sebaliknya, jika kita berkawan dan menjadi orang jahat sebagai rakan, nescaya akan terpengaruh dengannya.
Dalam hal ini, Lukman berpesan kepada anaknya : “Hai anakku! Sesungguhnya orang yang keji, lagi kotor dan celaka adalah Sekiranya dia di bawahmu, dia menolakmu. Sekiranya dia di atasmu, dia menindasmu.
“Sekiranya engkau bersahabat dengannya, maka dia menyusahkanmu dan sekiranya dia berpisah denganmu, dia tidak akan mengucapkan selamat jalan kepadamu.”
Lukman berpesan lagi katanya: “Hai anakku! Sesungguhnya orang yang keji, lagi kotor dan celaka adalah sekiranya dia beramal, dia melakukan yang buruk.
“Sekiranya dia duduk, dia membuang masa. Sekiranya dia dikayakan, dia tidak berpuas hati.
“Sekiranya dalam keadaan fakir, dia berputus asa. Sekiranya dia gembira, dia melakukan kejahatan. Sekiranya dia bersedih, dia berputus asa.”

Wednesday, June 1, 2011
5 Orang Terkaya
"Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui"
(29:64)
Di Bawah ini merupakan senarai 5 orang terkaya di dunia.
Nombor 5

Nama : Bernard Arnault.
Aset : 41 Billion (Moet Hennesy)
Nombor 4

Nama : Warren Buffet
Aset : 50 Billion (Berkshire Harthaway)
Nombor 3

Nama : William Henry Bill Gates
Aset : 56 Billion (Microsoft)
Nombor 2

Nama : Carlos Slim Helu
Aset : 74 Billion (TelMax)
Orang paling terkaya di dunia dan di sisi Allah

Inilah orang yang paling kaya di dunia dan di sisi Allah. Iaitu orang yang selalu bersyukur kepada Allah. Sebab apa? Kerana apabila mereka mempunyai harta, mereka meyakini bahawa kekayaan itu datang daripada Allah dan mereka tidak risau jika harta mereka berkurangan kerana yakin bahawa ia milik Allah.
Mereka ini apabila diberi nikmat harta, mereka menadah tangan dan bersyukur kepada Allah. Malah menjadikan mereka semakin patuh dan tunduk kepada Allah. Malah apabila mereka diuji, mereka tidak meminta kepada orang lain, melainkan kepada Allah.
Memang orang miskin bukanlah orang kaya. Namun itu di mata manusia. Di sisi Allah? Bukankah seseorang itu akan menjadi kaya apabila ia dihubungkan dengan Allah? Pemilik kekayaan di dunia dan di seluruh alam. Namun apabila kita bekerja untuk orang kaya di dunia? Apa yang kita dapat?
Sebelum saya akhiri, izinkan saya untuk mengakhiri dengan sepotong hadis dari riwayat muslim.
Anas r.a berkata,bersabda Rasulullah s.a.w. : "Pada hari Qiamat dihadapkan seorang yang termewah di dunia dan ia sebagai calon ahli neraka,maka dicelup ke dalam neraka sebentar,kemudian dikeluarkan dan ditanya : "hai anak Adam,pernahkah kamu merasakan kesenangan dan kebahgiaan selama hidupmu?jawabnya:TIDAK ya Rabb.Kemudian didatangkan seorang yang amat menderita di dunia dan ia calon ahli syurga,maka ia dicelupkan sebentar di syurga kemudian ditanya : "hai anak Adam,pernahkah kamu merasakan penderitaan dan kesukaran selama hidupmu ? Jawabnya : TIDAK ya rabb,belum pernah saya menderita atau merasakan kesukaran sama sekali"
Hadis Riwayat Muslim.
Sama-sama fikirkan.

Friday, February 4, 2011
Perbezaan Cinta Dan Couple

Cinta. Cinta jika dilihat pada hari ini merupakan satu mantera yang sinonim dengan perlakuan remaja terutamanya yang suka akan gaya hidup berpasang-pasangan. Ada yang mengatakan bahawa jika kita hidup tidak berpasangan pada zaman ini, seakan hidup tak ikut trend, budak nerd dan sebagaiya. Sangkaan itu semuanya meleset dan tidak benar sama- sekali.
Secara zahirnya cinta dan couple dilihat seakan sama. Bukan hanya kedua-dua perkataan tersebut bermula dengan huruf ‘c’, malah ramai diantara kita pada zaman ini menganggap kedua-dua perkataan itu membawa maksud yang sama. Perkara ini harus diperbetulkan dalam komuniti kita.
Cinta pada pandangan saya merupakan satu kalimah yang agung. Perasaan ini sebenarnya lahir daripada hati yang halus. Tambahan pula cinta merupakan satu fitrah yang ada dalam diri manusia. Memang setiap makhluk yang diciptakan oleh Allah S.W.T mempuyai perasaan mahu menyayangi dan mahu disayangi oleh orang lain. Itu merupakan satu aturan kehidupan.
Sebenarnya, agama Islam tidak melarang penganutnya untuk bercinta. Islam itu bukan hanya sekadar agama yang menyentuh aspek kegiatan ibadah sahaja. Islam itu syumul. Islam itu menakluki segala kehidupan kita kerana islam juga merupakan satu cara hidup. Percintaan antara teruna dan dara perlu dibatasi dengan hukum syariat yang ketat.
Cara teruna dan dara bercinta ada banyak. Yang menjadi asas dalam sesuatu percintaan itu merupakan komunikasi dan perhubungan. Tidak kira dalam lisan, sentuhan ataupun pemandangan, semua itu berkait dengan soal hukum. Seperti yang saya katakan tadi, percintaan tidak menjadi salah, asalkan kita tahu batas syariat. Islam mementingkan kesucian hubungan sebelum berkahwin. Jika kita bercinta, insyaAllah kalau ada jodoh, kita akan berkahwin. Apabila kita sudah berkahwin, InsyaAllah kita akan mendapat zuriat, apabila zuriat bertambah, bukankah itu membentuk sebuah komuniti?
Hal ini berbeza dengan kegiatan couple yang semakin menjadi barah dalam kalangan remaja hari ini. Budaya seakan ini haruslah dibendung kerana sejarah telah membuktikan bahawa kegiatan ini telah banyak membawa keburukan dan mengundang masalah sosial seperti sumbang mahram dan zina. Islam cukup melarang kita daripada bercouple. Apatah lagi menzahirkan perasaan cinta kita kepada orang asing. Luahan perasaan kepada orang asing sudah dianggap perkara yang mendekati zina. Jika kamu menyayangi seseorang, kamu hendaklah bertegas dalam aspek ini. Jagalah kesucian dan kehormatannya.
Seterusnya kalimah cinta itu luas. Terdapat banyak definisi yang membicarakan soal cinta. Kita sebenarnya yang menentukan makna cinta. Jika baik perlakuan kita maka cinta akan menjadi sesuatu yang agung. Begitu juga sebaliknya. Harus difahami cinta sebenarnya adalah cinta yang menjauhkan diri pasangan daripada dosa. Cinta yang sejati adalah cinta yang dapat menjaga kesucian iman dan membawa ke syurga.
Cinta tidak mampu untuk memenangkan segala-galanya. Cinta tidak membawa segala kesempurnaan hadir ke sisi. Tetapi ia mengajar kita menerima sesuatu seadanya. Cinta bukan semestinya bersama. Cinta itu untuk memastikan orang yang disayangi bahagia dan jauh daripada dosa.
Tuntasnya cinta dan couple merupakan satu perkataan yang berbeza. Ayuhlah kita renungkan seketika. Hanya kerana kegiatan couple dan cinta nafsu berjiwa rendah, maruah diri tergadai, anak luar nikah bertaburan dan runtuhnya institusi kemasyarakatan.
Tetapi hanya dengan perkataan cinta, kita dapat mengenal Pencipta kita. Dengan perkataan cinta, kita dapat mengenal para anbiya’. Dan dengan kalimah yang agung ini, kita dapat mengeratkan lagi simpulan silaturrahim antara kita dan keluarga kita.
Fikirkan.....Sesungguhnya Rasulullah S.A.W pernah bersabda.
Dinikahi perempuan itu kerana empat perkara, iaitu kerana kecantikannya, keturunannya, hartanya dan ketakwaannya. Maka pilihlah kerana ketakwaannya. Nescaya selamat kedua-dua tanganmu.
Barang siapa yang mengahwini wanita kerana kecantikannya, maka akan diharamkan ke atasnya, hartanya dan kecantikannya.
Pilihlah tempat menyemai benih kamu kerana keperibadian pasangan kamu akan mempengaruhi zuriatmu....
Jadi fikirkanlah. Kita memilih pasangan kita disebabkan apa?
Tuesday, February 1, 2011
Ukhuwah Kita : The Power Is In Your Hand
Assalamualaikum.
Baru semalam saya post mengenai Hukum umat islam menyambut hari kekasih. Dalam artikel semalam juga saya ada menyebutkan tentang memperkasa ukhuwah kita sebagai muslimin semua. Hal ini mestilah dipandang serius kerana kita memang memerlukan teman dalam hidup kita.
Pernahkah anda terfikir betapa indahnya sesuatu persahabatan? Pernahkah anda terfikir ketika anda berada di sekolah? Betapa indahnya jika kita sama-sama berjalan-jalan menuju ke surau atau masjid untuk menunaikan ibadah.
Setiap daripada kita haruslah mencontohi Rasulullah dan para sahabat di dalam bersahabat. Di sini saya juga ingin menyertakan wasiat Imam Syafi'e tentang bersahabat. Ingat persahabatan kita, kita yang tentukan sebab THE POWER IS IN YOUR HAND..

Wasiat Imam Syafi'e : Panduan Bersahabat
1. Sahabat Yang Baik
Aku mencintai sahabat-sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku. Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup ataupun setelah aku mati.
Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tak luntur baik dalam keadaan suka ataupun duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya.
Kuhulurkan tangan kepada sahabat-sahabatku untuk berkenalan, kerana aku akan merasa senang. Semakin banyak aku perolehi sahabat, aku semakin percaya diri.
2. Mencari Sahabat Di Waktu Susah
Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Padahal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. Kalau duka melanda, aku sering bertanya. Siapakah yang sudi menjadi sahabatku? Dikala aku senang, sudah biasa bahawa banyak orang yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah merekapun bertepuk tangan.
3. Pasang-Surut Persahabatan
Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik. Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tak ubahnya roda zaman yang tak mahu bersahabat dengan keadaan. Jika aku menjauhkan diri dari mereka, mereka mencemuhkan dan jika aku sakit, tak seorangpun yang menjengukku. Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai.
4. Mengasingkan Diri Lebih Baik Daripada Bergaul Dengan Orang Jahat
Bila tak ketemukan sahabat-sahabat yang takwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang-orang jahat.
Duduk sendirian untuk beribadah dengan tenang adalah lebih menyenangkanku daripada bersahabat dengan kawan yang mesti kuwaspada.
5. Sukarnya Sahabat Sejati
Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini. Dan bersikaplah seperti seorang paderi pendita dalam menghadapi manusia. Cucilah kedua tanganmu dari zaman tersebut dan dari manusianya. Peliharalah cintamu terhadap mereka. Maka kelak kamu akan memperolehi kebaikannya.
Sepanjang usiaku yang semakin tua, belum pernah aku temukan di dunia ini sahabat yang sejati. Kutinggalkan orang-orang bodoh kerana banyak kejelekannya dan ku janji orang-orang mulia kerana kebaikannya sedikit.
6. Sahabat Sejati Di Waktu Susah
Kawan yang tak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan. Tidak ada yang abadi, dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.
Sepanjang hidupku aku berjuang keras mencari sahabat sejati sehinggalah pencarianku melenakanku. Kukunjungi seribu negara, namun tak satu negarapun yang penduduknya berhati manusia.
7. Rosaknya Keperibadian Seseorang
Dalam diri manusia itu ada dua macam potensi tipuan dan rayuan. Dua hal itu seperti duri jika dipegang dan ibarat bunga jika dipandang. Apabila engkau memerlukan pertolongan mereka, bersikaplah bagai api yang dapat membakar duri-duri itu.
8. Menghormati Orang Lain
Barangsiapa menghormati orang lain, tentulah ia akan dihormati. Begitu juga barangsiapa menghina orang lain, tentulah ia akan dihinakan.
Barangsiapa berbuat baik kepada orang lain, baginya satu pahala. Begitu juga barangsiapa berbuat jahat kepada orang lain, baginya seksa yang dahsyat.
9. Menghadapi Musuh
Ketika aku menjadi pemaaf dan tak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas dari bara permusuhan. Ketika musuhku lewat di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku dari kejahatan.
Aku tampakkan keramahanku, kesopananku dan rasa persahabatanku kepada orang-orang yang kubenci, sebagaimana ku tampakkan hal itu kepada orang-orang yang kucintai.
Manusia adalah penyakit dan penyakit itu akan muncul bila kita mendekati mereka. Padahal menjauhi manusia bererti memutuskan persahabatan.
10. Tipu Daya Manusia
Mudah-mudahan anjing-anjing itu dapat bersahabat denganku, kerana bagiku dunia ini sudah hampa dari manusia. Sehina-hinanya anjing, ia masih dapat menunjukkan jalan untuk majikannya yang tersesat, tidak seperti manusia-manusia jahat yang selamanya tak akan memberi petunjuk. Selamatkanlah dirimu, jaga lidahmu baik-baik, tentu kamu akan bahagia walaupun kamu terpaksa hidup sendiri.
11. Tempat Menggantungkan Harapan
Apabila engkau menginginkan kemuliaan orang-orang yang mulia, maka dekatilah orang yang sedang membangun rumah untuk Allah. Hanya orang yang berjiwa mulia yang dapat menjaga nama baik dirinya dan selalu menghormati tamunya, baik ketika hidup mahupun setelah mati.
12. Menjaga Nama Baik
Jika seseorang tak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, maka tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat. Dalam hati masih ada kesabaran buat sang kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras.
Tak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tak sopan. Jika cinta suci tak datang dari tabiatnya, maka tak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.
Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk dan akan menampakkan hal-hal yang kelmarin menjadi rahsia.
Selamat tinggal dunia jika atasnya tidak lagi ada sahabat yang jujur dan menepati janji.

Tuesday, December 21, 2010
Membina Khaira Ummah

KITA UMAT YANG MULIA
Tahukah anda bahawa kita merupakan sebaik-baik umat yang diciptakan bagi umat manusia? Kita sememangnya haruslah berbangga kerana kita merupakan sebaik-baik umat yang telah diciptakan bagi umat manusia. Hal ini termaktub dalam Al-Quran. Allah sudah berfirman.
“Kamu (umat muhammad) adalah sebaik-baik umat yang telah diciptakan bagi umat manusia, kerana kamu menyuruh berbuat segala perkara baik dan melarang daripada semua perkara yang salah, serta kamu semua beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)......”
Surah Ali-Imran : 110
Ayat di atas sebenarnya telah menjadi bukti bahawa kita merupakan sebaik-baik umat. Cuba anda selidiki ayat di atas. Ada beberapa faktor sebenarnya sehingga kita dikatakan sebik-baik umat. Faktornya adalah kerana kita menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran serta kita beriman kepada Allah
Dalam hal ini beberapa persediaan haruslah dilakukan bagi membina title kita sebagai Khaira Ummah.
Menyuruh melakukan kebaikan dan melarang daripada melakukan kemungkaran
Dasawarsa ini, setiap orang yang melakukan kebaikan sering kali dipandang hina. Manakala orang yang melakukan kejahatan akan dipandang dengan mulia, nama mereka akan diagungkan, malah mereka akan ditakuti kerana kejahatan mereka. Bukankah orang yang ditakuti kerana kejahatan merupakan tanda-tanda kiamat. MasyaAllah. Jika ada orang yang ingin melakukan kebaikan, mereka akan dituduh berlagak baik, orang yang mengharapkan balasan. Agaknya memang dah tiada ke orang yang baik di dunia?
Perkara seperti ini haruslah dipandang dengan serius apatah lagi ia telah menjadi barah dalam kehidupan masyarakat kita. Jika ada orang yang ingin melakukan kebaikan, hargailah dia. Jangan sesekali memandang enteng terhadapnya. Soal ikhlas hanya Allah sahaja yang tahu. Bukankah Allah mengetahui apa yang ada di dalam hati kita?
Jika ada orang yang melakukan kesilapan, janganlah kita hanya menutup mata sahaja. Ambilah langkah sebagai seorang muslim dengan menegurnya. Dalam hal mencegah kemungkaran, Islam telah menggariskan tiga cara mencegah kemungkaran. Iaitu melalui tangan, mulut dan hati.
Dalam ketiga-tiga kaedah pelaksanaan tersebut, mencegah melakukan kemungkaran dengan menggunakan tangan yang lebih berkesan. Hal ini kerana ia akan dapat memberi manfaat dan esedaran kepada ramai orang. Manakala mencegah menggunakan hati dikatakan selemah-lemah iman kerana kesannya hanya kepada diri kita sahaja.
Beriman kepada Allah
Beriman kepada Allah merupakan salah satu cabang dari rukun iman. Bagaimana caranya? Cara yang paling asas ialah dengan mempercayai kewujudan dan keesaan Allah S.W.T. Seterusnya, melakukan segala yang diperintahkan dan meninggalkan semua larangan Allah. Seharusnya kita perlu berbangga kerana Allah sendiri telah memberitahu kita dalam Al-Quran bahawa kita adalah umat yang mulia. Jadi, kalau kita menjadi umat yang mulia, kita haruslah mengikuti contoh teladan yang ditunjukkan oleh para nabi.
Allah sudah berfirman
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredaan Allah dan balasan baik hari akhirat, serta ia menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak(dalam masa senang atau susah)
Surah Al-Ahzaab : 21
Selain itu juga kita boleh menjadikan para sahabat sebagai ikutan kita dalam kehidupan seharian. Hal ini kerana Allah telah mengiktiraf para sahabat.
Dan orang-orang yang terdahulu yang mula-mula berhijrah dan memberi bantuan dari orang muhajirij dan ansar, dan orang yang menurut jejak langkah mereka dengan kebaikan, Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Allah, serta ia menyediakan untuk mereka syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya, itulah kemenangan yang besar
Surah At-Taubah : 100
Subscribe to:
Posts (Atom)